Tinggal beberapa hari sahaja lagi aku dan akif akan ditinggalkan oleh suami,selepas ini dia akan berjauhan dengan aku untuk 2 minggu bagi melaksanakan ibadah umrah bersama dengan ibunya. sebagai anak 'especially' lelaki..itulah yg sepatutnya tanggungjawab yang wajib dilaksanakan..tambah pula bapa telah lama kembali ke rahmatullah..sudah tentu sepenuh perhatian perlu difokuskan kepada mak dalam masa yang sama perhatian kepada sang isteri dan anak. apa yang mengejutkan lagi..semalam kereta aku proton waja telah dicuri di lunas kulim,ketika suami menghadiri kursus umrah. petang semalam mak balik ke rumah, dia cakap"ya Allah...wan...wan..."sambil airmata mengalir laju. aku ketika tu tengah bermain dengan akif tergamam seketika, mulut seakan terkunci untuk bertanya..hati berbisik "wan??apa dah jadi dekat dia"aku terus membiarkan mak menghabiskan kata-kata akhirnya " wan..kereta dah kena curi..",hatiku mula lega..ku andaikan sesuatu yang melibatkan nyawa tadi namun harta yang hilang...,hati memang sedih dengar berita itu,namun airmataku tidak jatuh..hanya innalillahwainnailaihiraji'un...yang mampu aku sebut.musibah yang Allah berikan pada kami kali ni sangat hebat...,apa yang bermain dalam minda ku sekarang adalah fail yang aku isi dokumen-dokumen penting aku ada dalam kereta tersebut, sijil SPM,Transkrip Universiti,Ijazah Universiti, Surat-surat berkaitan kerja aku,..ya Allah..apa aku nak buat..hanya aku mampu pohon bantuan dari MU YA Allah...bantulah aku...tabahkan hatiku..kuatkan imanku hadapi musibah ini. mak dan abah dari Sabah terus menelefon aku..minta aku bersabar, nak dijadikan cerita..sebelum ni rumah kami di Sabah pun kena pecah juga..laptop dan jam tangan abah dia ambil, tapi yang menyebabkan aku menjadi semakin sebak..mak dan abah juga cedera kerana pencuri tu tikam perut abah..sedih kan...sangat sedih...nasib baik mereka dapat selamatkan diri..setelah cubaan beberapa kali. sepanjang minggu ni..inilah dugaan yang paling berat yang kami terima...mungkin ada hikmah pada setiap musibah yang diberikan.."Sesungguhnya Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan hamba itu mampu untuk menerimanya". (Surah al-baqarah 2:286)tabahkan hatiku..menghadapi ini semua. cuba fikir sejenak, semua orang beriman akan diuji, kenapa diuji?kerana masakan begitu hebat kita menuturkan aku beriman..sedangkan kita tidak diuji?bila kita diuji..barulah kita boleh buktikan tinggi mana iman kita ketika itu...Semua manusia pasti mendapat ujian-ujian ini:
"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al Baqarah 2: 155)aku pasti sekira nya musibah itu bukan satu hukuman dan juga tidak pengajaran, maka ia adalah ujian. Dan kian kuat iman dan tinggi taqwanya kepada ALlah, maka makin banyak dan tinggi ujian yang Allah kenakan kepadanya. Nabi Muhammad saw, nabi-nabi lain dan rasul-rasul ialah contoh apa ujian-ujian yang Allah kenakan ke atas hamba-hamba-Nya yang Dia amat cinta dan sayang.
0 comments:
Catat Ulasan