OuR LoVe

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My LittLe SunShiNe

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Pages

Agak lama tak menjenguk laman ni...dan agak lama juga tak kemaskinikan entri-entri terbaru, sejak kehilangan kereta 3 minggu yang lepas,sekian saja laporan terbaru dari aku di laman destiny love ni, mungkin dek kesihatan aku hampir 1 bulan lebih ni menyebabkan hati dan jiwa tak dak rasa nak update blog..mood aku turun naik sejak akhir-akhir ni..berat badan lagi turun dari selalunya..mana taknya..selera makan untuk sebulan ni sudah berkurangan, asyik pening dan loya saja..disebabkan sudah ada experience sblm ni, aku teka sendiri ja sakit aku..sebelum tuan doktor sahkan hari selasa yang lalu..hehe..seronok bukan kepalang bila untuk kali keduanya di sahkan pregnant..dan tanpa segan silu aku sendiri cakap kat tuan doktor "due saya bulan 2 kan doc?"..dah kira siap-siap dari rumah tadi, cuma peritnya aku untuk 1st trimester ni..banyak benda yang aku tak boleh tengok apatah lagi bau...bau bawang tak boleh,ikan tak boleh,ayam tak boleh..dapur tak boleh..erm..dapur tak boleh???bila dapur pun aku tak leh bau..cuba teka siapa yang tolong baukan dapur aku?hehe..mr MAMA...kesian kan?tak per lah..ini dugaan ye abang..sabar ye...moga ketabahanmu dikurniakan limpahan rahmat dari Allah...amin....,sometimes pening kepala aku datang dari pagi sampai malam..dasyat tak aku?ini bukan rekaan semata-mata ye..ini kisah benar,,,kisah aku, kalau akif dulu 3 bulan aku tak jamah nasi..our 2nd baby?ku gagahkan jua telan nasi walau hakikatnya perut menolak butir-butir nasi yang masuk..owh..sangat menderita aku...tak pe..sabar ye wahida,,ada orang lagi teruk dari aku..yang terpaksa bermastautin di hospital pun ada..,ada juga teman-temanku berbicara..husband diorang yang loya dan hilang selera makan...erm..untung badan la kan??anda nak yang mana?husband yang loya atau anda yang loya?hehe,,,pilih sendiri ye...banyak-banyak doa kepada Allah agar dipermudahkan semuanya ye...sekiranya ada teman yang baca entri terbaru ni...tidak ada lain yang ku pinta melainkan doa kalian semua..semoga mudah sepanjang pregnant dan kelahiran hujung bulan 2 nanti...yang penting aku sempat berpuasa dan berhari raya tahun ni..insyaallah..kalau akif dulu aku start raya kat hospital kulim...orang makan ketupat aku makan nasi lauk ikan kering...tahun ni??hehe tidak lagi??
gambar ihsan dari google,gambar sebenar??
Tinggal beberapa hari sahaja lagi aku dan akif akan ditinggalkan oleh suami,selepas ini dia akan berjauhan dengan aku untuk 2 minggu bagi melaksanakan ibadah umrah bersama dengan ibunya. sebagai anak 'especially' lelaki..itulah yg sepatutnya tanggungjawab yang wajib dilaksanakan..tambah pula bapa telah lama kembali ke rahmatullah..sudah tentu sepenuh perhatian perlu difokuskan kepada mak dalam masa yang sama perhatian kepada sang isteri dan anak. apa yang mengejutkan lagi..semalam kereta aku proton waja telah dicuri di lunas kulim,ketika suami menghadiri kursus umrah. petang semalam mak balik ke rumah, dia cakap"ya Allah...wan...wan..."sambil airmata mengalir laju. aku ketika tu tengah bermain dengan akif tergamam seketika, mulut seakan terkunci untuk bertanya..hati berbisik "wan??apa dah jadi dekat dia"aku terus membiarkan mak menghabiskan kata-kata akhirnya " wan..kereta dah kena curi..",hatiku mula lega..ku andaikan sesuatu yang melibatkan nyawa tadi namun harta yang hilang...,hati memang sedih dengar berita itu,namun airmataku tidak jatuh..hanya innalillahwainnailaihiraji'un...yang mampu aku sebut.musibah yang Allah berikan pada kami kali ni sangat hebat...,apa yang bermain dalam minda ku sekarang adalah fail yang aku isi dokumen-dokumen penting aku ada dalam kereta tersebut, sijil SPM,Transkrip Universiti,Ijazah Universiti, Surat-surat berkaitan kerja aku,..ya Allah..apa aku nak buat..hanya aku mampu pohon bantuan dari MU YA Allah...bantulah aku...tabahkan hatiku..kuatkan imanku hadapi musibah ini. mak dan abah dari Sabah terus menelefon aku..minta aku bersabar, nak dijadikan cerita..sebelum ni rumah kami di Sabah pun kena pecah juga..laptop dan jam tangan abah dia ambil, tapi yang menyebabkan aku menjadi semakin sebak..mak dan abah juga cedera kerana pencuri tu tikam perut abah..sedih kan...sangat sedih...nasib baik mereka dapat selamatkan diri..setelah cubaan beberapa kali. sepanjang minggu ni..inilah dugaan yang paling berat yang kami terima...mungkin ada hikmah pada setiap musibah yang diberikan.."Sesungguhnya Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan hamba itu mampu untuk menerimanya". (Surah al-baqarah 2:286)tabahkan hatiku..menghadapi ini semua. cuba fikir sejenak, semua orang beriman akan diuji, kenapa diuji?kerana masakan begitu hebat kita menuturkan aku beriman..sedangkan kita tidak diuji?bila kita diuji..barulah kita boleh buktikan tinggi mana iman kita ketika itu...Semua manusia pasti mendapat ujian-ujian ini:
"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al Baqarah 2: 155)
aku pasti sekira nya musibah itu bukan satu hukuman dan juga tidak pengajaran, maka ia adalah ujian. Dan kian kuat iman dan tinggi taqwanya kepada ALlah, maka makin banyak dan tinggi ujian yang Allah kenakan kepadanya. Nabi Muhammad saw, nabi-nabi lain dan rasul-rasul ialah contoh apa ujian-ujian yang Allah kenakan ke atas hamba-hamba-Nya yang Dia amat cinta dan sayang.

Tak tahu bagaimana nak mulakan bicara untuk entri ni, nak huraikan apa yang tersirat di sebalik title di atas" tinggalkan tugas,bahagiakan mereka". yang pastinya maksudnya mudah..kerana aku mengambil cuti daripada kesibukan tugas..untuk bahagiakan insan yang paling aku sayangi mak dan abah yang berkunjung ke rumah kami untuk hadir ke konvokesyen adikku yang kedua di uitm Shah Alam pada 24 Mei yang lalu. rasa seronok sangat menerima kunjungan mereka yang jauh dimata tapi dekat dihati..selama ni hanya dengar suara di telefon saja atau sms. untuk meraikan kunjungan mereka ke rumah baru kami..maka aku ambil cuti 2 hari. 24hb aku ke Shah Alam untuk hadiri konvokesyen adikku, and then lepas sesi photografi kat studio, kami pergi makan-makan di TTDI,sangat seronok bila dapat makan-makan bersama family,dah lama sangat rasanya tak buat event macamni..maklumla masing-masing jauh, sekali dapat berkumpul..waahh..meriah,rasa macam zaman kanak-kanak dulu pula...25hb, aku bawa mak dan abah jalan-jalan,shopping di sekitar Nilai 3, Seremban..belanja jugala apa yang patut, disebabkan husband bertugas pada hari tersebut, maka akula yang drive dan bawa mereka jalan-jalan..kalau masa kita kecil-kecil dulu mak dan abah bawa kita jalan-jalan kan??,tapi sekarang kita pula yang mainkan peranan tersebut, alhamdulillah Allah masih panjangkan umur kita dan kedua ibubapa kita untuk kita berbakti selagi mana mereka hidup,rasa sayu dan sebak bila kenangkan mereka menjaga, mendidik dan mencurahkan sepenuh kasih sayang mereka pada kita suatu tika dulu..dan bila difikirkan hanya sikit saja jasa kita untuk mereka..berbanding pengorbanan mereka untuk kita, hari ini 26hb jam 6.20 am kami bergegas ke LCCT kerana dah tiba masanya untuk abah dan mak pulang ke Sabah. Kenapa ye, airmata aku tak dapat di tahan-tahan lagi bila tiba masa untuk mereka berlepas jam 7.20am tadi??itulah 'tabiat' aku sejak dari sekolah sampai dah kawin ni..kalau nak berpisah dgn mak dan abah je mesti nangis..mungkin ini naluri wanita kan..
sangat gembira dapat meraikan mereka walaupun masa begitu singkat..sebagai anak,walau sesibuk mana pun kita,luangkanlah masa untuk bertanya khabar dan menjenguk mereka, kerana apa yang mereka inginkan daripada kita bukanlah wang ringgit tetapi perhatian dan kasih sayang anak-anak selagi hayat dikandung badan...
Tuan blog ini mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua insan bakal bergelar,sudah bergelar,tengah menanti bergelar ibu di Malaysia ni..(wah..macam satu Malaysia baca blog aku ni),sebenarnya hari-hari merupakan hari ibu kan?tapi harini..9 Mei dikhususkan perayaan hari ibu tersebut..sebagai langkah meng'updatekan' minda kita untuk mengingati ibu kita yang mungkin telah lama kita lupakan atau abaikan..atau tak sedar kita telah mengabaikan dan sebagainya lagi..tahun ni merupakan tahun kedua aku menyambut perayaan hari ibu ni..hehe, tahun 2008 aku menyandang tittle ibu ni..pengalaman menjadi ibu terlalu mendewasakan aku,baru kini ku tahu jerih perih mak mengandungkan aku, melahirkan serta membesarkan aku..penglaman itu kurasai kini..
Pagi tadi my beloved husband memberikan satu kejutan padaku..terima kasih abang..for this tengok tu akif yang paling seronokthank you to my husband ridzuan for this surprise,wah..cover sekali besday aritu ek..my precious..sangat berselera..

menarik mesej yang kuterima pagi tadi dari seorang rakan..

''Ya Allah,wanita yang membaca SMS ini adalah ibu yang cantik, kuat, sabar dan saya menyayanginya. Kau tingkatkanlah kehidupannya dengan rezki yang berkat,kau rahmatilah setiap langkahnya dalam mencari rezki keluarganya. Kau bersihkanlah hatinya, Kau kuatkanlah imannya..Kau peliharalah dia dari fitnah. Amin Ya Rabbal 'Alamin. SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU.."


Sangat terharu..aku kini adalah ibu..terima kasih pada suami, mak dan teman-teman yang wish..


Dah lama rasanya blog ni tak di'update',sepanjang minggu ni sangat sibuk dengan meng'update' kerja-kerja yang tertangguh di pejabat..mana dengan minggu audit dan minggu ujian akhir, sibuk marking paper lebih 300 pelajar, submit markah dalam sistem..terasa tak cukup 24 jam sehari, semua perlu di setelkan..hari ini baru boleh tarik nafas lega..
This weekend aku lebih banyak habiskan masa bersama suamiku dan anakanda tercinta 'akif di sekitar tempat-tempat menarik sekitar umah aku..yang tak perlu keluarkan banyak belanja..tapi menarik..hehe..aku suka aktiviti ni. Teringat masa aku kecil dulu ketika kami sekeluarga menetap di Selangor..abahku juga membawa aku menyaksikan kapal terbang di airport Subang..masa tu mana ada KLIA lagi kan?? so petang semalam dan petang tadi aku bawa 'akif tengok kapal terbang...memandangkan rumah kami tidak jauh dari KLIA, and then terus pergi F1 Circuit..tapi aku tengok litar ja la...masa F1..aku tengok dari luar ja..memandangkan harga tiket yang agak mahal..dan bukan minat aku tgk kereta ni....heheakulah yang paling excited tika ini..:)on the way ke lapangan KLIAni hasil kamera 'canggihku' snap, agak kelabu kerana 'kecanggihan kameraku'ni pesawat luar negara ni..dalam gambar macam tak best kan?tapi real best...ni aksi-aksi tika menanti pesawat seterusnya..gambar sekadar hiasan..ni hari berikutnya..ahad, kerana excited sangat..aku ajak abah 'akif datang ke sini hari ahad..terpaksa tgk dari dalam kereta,sebab hujan agak lebat,semangat kan nak tgk..suka sangat bila dapat tengok real..nanti kita naik plak ye akif..kita balik umah tok wan ye..f1 circuit,akif berkaki ayam la plak..

erm..apa yang menariknya disini, apa sahaja aktiviti yang kita lakukan bersama orang tersayang,walaupun aktiviti tersebut bukan merupakan percutian ke luar negara, tempat-tempat rekreasi seperti dalam website cuti-cuti malaysia, ianya tetap bermakna dan boleh memupuk jiwa kemesraan bersama orang tersayang..
Tidur adalah salah satu nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada setiap hambanya..cuba anda bayangkan kiranya anda tak dapat tidur sehari semalam...apa agaknya yang akan anda rasa pada hari berikutnya?terutamanya bagi mereka yang perlu keluar awal esok hari untuk menuju ke tempat kerja seperti saya, mesti letih kan??tapi kenapa malam ni aku tidak dapat tidur...dah puas pejamkan mata, namun tak berhasil..adakah kerana tiada insan tersayang disisi malam ni..dan untuk malam-malam berikutnya..jadi disebabkan tak boleh tidur..diri ini menjenguk ke laman sesawang ni..hari ni dah acapkali aku singgah disini..mungkin kerana aku boring menunggu panggilan dari 'dia' yang belum lagi kol sampaila malam ni...hai hati gelisah ni...rindu sangat nak tau kabar dia di Bandung..kapan tiba??bermalam di mana??aduh..perit kan jiwa menunggu berita orang tersayang disana..begitu juga aku cuba menghubungi dia..tak juga dapat..erm..kenapa agaknya ye??rasa sunyi sangat hari ni tanpa dia..tapi mujurlah ada buah hati pengarang jantung akif..boleh juga hilangkan rasa bosan dengan keletahnya yang dah pandai bertutur bahasa 'jerman'..aku juga tahu akif mencari abahnya hari ni..ahh..sayu juga..rasa ingin saja kutitiskan airmata..masih lagi gagal untuk hubungi abah akif malam ni...rindunya hati ini..apa yang anda buat bila rindu orang tersayang??ni yang aku buat..semua orang yang ada dalam gambar di bawah ni semuanya ku ingat...layan gambar-gambar sebelum tidur..
Kecuaian biasanya berlaku tanpa memilih tempat, masa dan keadaan,samada kita bersedia atau tidak untuk terima natijah atas kecuaian kita. Oleh itu, bila dah terkena lepas ni pastikan diri lebih alert dengan semua perkara,sebenarnya akibat kecuaian ni bukan pertama kali berlaku dalam hidup aku, dah banyak kali dah, pagi tadi jam 7.15 am aku ke airport untuk hantar dia ke Bandung, macam-macam jadi sebelum nak sampai airport tu, akibat kecuaian aku..dia terpaksa patah balik untuk ambil memori kad kamera yang aku terlupa nak masukkan semula dalam kamera..apa lagi..seperti seorang anak yang mendengar nasihat seorang bapa, sepanjang jalan untuk berpatah balik..aku dengar 1001 tazkirah dan ayat-ayat motivasi daripada 'dia'...erm..aku yang bersalah bisik hatiku, nak di jadikan cerita, sampai saja di airport, kami park kereta..dia bagi dekat aku coin parking kereta tu, katanya jaga elok-elok coin ni,kalau hilang nanti kena kompoun tinggi..dia letak atas tapak tangan aku,aku terus masukkan dalam handbagku..tanda berhati-hati, kami breakfast di asia taste,sampai saat dia nak departure,aku keluarkan coin tu..dia menghulurkan tangan dan aku salam,setelah dia kucup dahiku..terasa sayu hati akan ditinggalkan untuk tiga hari..tapi kontrol2..jangan nangis..malu kat orang..akif pun tak nangis..ummi dia plak over..hehe..lepas akif salam abah and say ilal liqa' to abah..aku menyuarakan hasrat hati untuk bawa akif jalan2 area tu dulu sambil tengok aeroplane..sebab akif suka aeroplane...dia kata terpulang padaku..dan jaga diri,aku pun say goodbye to my beloved asben..and terus bawa akif jalan-jalan..tiba sampai nak bayar parking baru conciuss that my parking coin been lose..waaaaa!!hati menangis siapa tahu,,kata-kata dia mula terngiang2.."jaga elok-elok coin ni"...aku mula mencari dengan akif..tak ketemu jua,apa lagi..sampai je kat exit gate aku kena kompaun..rm54.50..waaaa..banyak tuuuu..asalnya rm4.50 je..aku drive balik sambil menangis sekuat hati dalam kereta...airmata perpisahan + musibah..akif hanya memerhatikan aku and touch my shoulder..seolah-olah memujuk...nasib baik ada akif...terubat juga...aku belum beritahu dia akan peristiwa pagi ni...akan ku beritahu bila dia kembali dari Bandung nanti..
Bila baca artikel ni, rasa terpanggil untuk kongsi dengan semua. Di New York,seorang lelaki berusia 51 tahun mati di meja kerjanya dan office mate tak tahu bahawa lelaki ini dah 5 hari mati. ini kerana lelaki ini memang sentiasa datang awal ke pejabat dan paling lewat meninggalkan pejabat. hal ini disedari oleh seorang tukang cuci yang datang membersihkan office tersebut hari sabtu dan merasa hairan kenapa that guy kerja hari sabtu..erm, sangat menarik kan??kerja terlalu kuat sangat pun..tak boleh juga kan??adakah kita nak jadi seperti ini,terlalu memikirkan target untuk SKT sampai abaikan kesihatan, terlalu fikirkan audit sampai lekakan dulu waktu solat...terlalu fikir 5s semuanya nak upgrade sehingga berlakunya pembaziran..terlalu fikir ISO dan banyak lagi bebanan kerja yang lain sampai kena heart attack..
jadi : dont work too hard...bila jam menunjukkan pukul 5pm maka balikla..sambungla kerja di esok hari :)
Disebabkan mama jauh diperantauan..yang memang teringin sangat nak tgk perkembangan rumah anakanda..this is serba sedikit picture yang dirakamkan khas untukmu...lagipun rumah tak sepenuhnya siap di renovation..ada ongkos jalan...tak dak ongkos..hold dulu...heheentrance,car porch,kasut yang terbengkalai diluarni la..cat gabungan warna tu..coklat+hijau..ni ruang tamu,masih belum sepenuhnyani bilik utama..
dapur and living room atas..masih belum sempurna direnovate..malu untuk menunjukkan keadaan dapur ala pak belalang tu...mungkin dapur pak belalang cantik sikit..tajaan sepenuhnya by IKEA your house depot..,kansai paint,dulux weather shield..,kedai perabot wsc seremban..nilai 3 curtain..terima kasih kerana banyak belanjawan tahun ni ke gedung-gedung anda..untuk kitchen cabinet and wardrobe bilik..slow and steady..because terpaksa kira balik budget..tak pe..anda perlu bijak berbelanja...ikut rasa binasa..coz semuanya nak kan??untuk kawan-kawan yang ada perancangan untuk membeli rumah atau dah beli rumah cuma menghitung hari serahan kunci atau ulang alik pergi site rumah setiap minggu untuk melihat progress rumah anda ..anda perlu saving dari sekarang..agar tidak berhutang dikemudian hari..utamakan yang utama dulu untuk rumah baru anda...manakala dekorasi yang lain yang kurang penting ditangguhkan dulu..buat penambahbaikan bila sudah ada lebihan budget ok!
Today aku bangun sangat awal..siapkan sarapan untuk hubby yang nak ke damansara awal pagi kerana berkursus..dengan terkebil-kebil aku ramas pisang mak mertua aku bg tika pulang ke kampung sabtu yang yang lalu...bila ramas pisang dan tumbuk pisang..teka?apa yang aku buat untuk dia??haha..mestila cekodok pisang..sedap tau..pukul 6.30 pagi ramas pisang...sampai hitam2 cekodok tu..lantaran api terover km dari biasa...tak pe..yang hitam aku makan dulu...yang agak boleh makan aku bagi dia..mithali kan??masuk ja dalam bakul sekali sekala...sapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri..pukul 7.00 sementara tgg dia..sempat lagi baring atas sofa untuk lelap semula dan dikejutkan dia untuk breakfast bersama...akif??akif kan cuti sekolah...tido lagi la..just kitorang berdua je la yang sarapan...siap bekalkan dia dgn cekodok pisang ke damansara lagi...hahaha..dia bilang buat bekal di perjalanan....oh..terharunya..aku hantar dia ke muka pintu..and salam dan lambai tangan....selamat jalan...aku rebahkan diriku untuk tidor semula..wah malasnya aku..husband dah siap call orang untuk datang kemas rumah..jadi aku hanya berehat dan baca buku...goyang kaki...wah rasa seronok jugak ye..lagak seperti ada pembantu rumah pula...erm..kalau ada pembantu rumah mungkin best kan??tengok macam harini sudah..semua kerja-kerja rumah sudah disetelkan...tapi..macam malas sangat pulak rasanya...sekali sekala bolehla dapatkan orang cuci rumah..disebabkan aku sendiri tak sempat nak setelkan semua..penat..so today abang jadikan dinda bagaikan puteri ye..tqvm!!
sementara orang cuci all out rumahku..aku layan blog ni...lama rasanya aku tinggalkan ruangan ni..bukan apa..masa tu macam singkat sangat untuk aku duduk depan laptop ni lama-lama..erm..ok aku nak sambung semula bacaan tadi..buku yang husband pinjam di library..yang aku pun tak paham jugak certain2 ayatnya...tapi aku mesti baca bg habis jugak..menarik jalan ceritanya...relevan dengan kursus aku mengajaq di poli...tamadun islambuku ni sangat menarik,cuba untuk fahamlayan blog sambil melihat panorama melalui bilikku
Sejak beberapa hari kebelakangan ni, banyak perkara memeranjatkan aku lihat,alami dan dengar, bulan lepas perginya puteri kesayangan zulhelmi dan aizatti "Zunnur", bulan ni baru dua tiga hari lepas..dapat berita sahabat baik satu universiti yang pernah makan bersama, tidur bersama, rehlah bersama, berkongsi cerita duka bersama pergi meninggalkan alam dunia selamanya...Kak Liza...Wahida sangat terkejut mendengar berita pemergiaanmu yang sangat meruntun hati dan jiwa 2 tahun lepas...terlalu sukar dan terkejut mendapat berita ini..semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohmu..dan baby yang sedang dikandung 31 minggu...sesungguhnya Allah lebih menyanyagimu dan anak...cerita pemergian sahabatku ini diketahui pun dari rakan FB yang satu kampung dengan beliau...rupanya..mereka juga mencariku..oh...sungguh terharu..kecanggihan teknologi ini menghubungkan semula ikatan persahabatan yang terpisah..cuma dalam situasi serta hikayat yang berbeza...apa lagi yang mengejutkan..bertemu semula sahabat baik sekolah rendah yang juga hampir belasan tahun terpisah, Suhaila Mohd Rabi...nama diberi..wah..sangat seronok kongsi cerita satu masa dulu, dan ini kisah terbaru pagi tadi sampai office pukul 8.30 pagi..sebab jalan jam coz ada kemalangan ngeri...aku jadi kalut juga..sebab dalam masa yang sama terpaksa tenangkan akif di sebelah yang dah mula merengek...ambil keputusan call husband tanya ada jalan lain tak untuk sampai ke port dickson..disebabkan kereta yang tak ada tanda-tanda untuk bergerak..jawapan dari husband ada..and dia pun bagi jalan alternatif lain yang agak bahaya skit jalannya...sambil tenangkan akif...aku kuatkan semangat ikut jalan tu..walaupun pada mulanya sesat...uhuhuhu..sangat pilu...takut menguasai diri tapi kugagahkan diri berani...sampaila politeknik and terus rush ke kelas...pelajar pula pakat balik habis tinggal kipas je yang berpusing...apa lagi..aku call ketua kelas...supaya datang semula,walaupun masing-masing dah hip hip horray kelas tak ada..inilah al-kisahnya hidupku...
Tiba-tiba hati mula tertarik untuk sambung semula pengajian, minat untuk meneliti nota-nota kuliah tiba-tiba berkobar-kobar. Terbayang suasana pengajian yang tidak jauh kutinggalkan dahulu. rasanya dah tiba masanya aku cuba create something new dalam hidup. cetuskan inovasi sesuai dengan bidang yang aku involve ni. Memandangkan kriteria kecemerlangan itu diukur berdasarkan sesuatu inovasi yang dihasilkan..aku kenalah intai peluang dan ruang yang boleh aku celahkan diri untuk meningkatkan kecemerlangan dalam hidup. lagipun kan menuntut ilmu itu dari dalam buaian sampailah dalam liang lahad..hari-hari bagi kuliah kat pelajar kepentingan meningkatkan ilmu pengetahuan..jadi lecturer pun kena buat apa yang diperkatakan betul tak?cuma minda sedang berfikir bila, dimana, apa benda yang aku nak mulakan untuk idea pengajian yang sememangnya ada dalam plan aku for this year.. aku intai senarai IPTA yang ada dan kesanggupan aku untuk korbankan seluruh tenaga dan masa untuknya..ya Allah bantulah aku...untuk aku sambung pengajian ku ke peringkat sarjana yang sudah lama menjadi impianku..hati sering mengeluh jugak ilmu terlalu kurang, idea sukar nak dicetuskan dek kurangnya ilmu dan penyelidikan..jadi lebih baik aku belajar lagi....
universiti yang menjadi pilihan





Sehari di IKEA cari barang asas untuk rumah..sangat penat, lebih lagi dengan si tuan 'kecik'
nak dijadikan story haritu..masa kami sibuk nak bayar semua barang yang dah dipilih..tuan kecik terlepas pandang...tiba-tiba abah dia suruh aku tengok tuan kecik...dalam sekelip mata dia hilang ditengah-tengah kesibukan orang yang ramai bagai semut nampak gula...gelabah aku cari...dalam kepala ni mula pikir mcm2..yer la..zaman cerita-cerita jenayah banyak di war warkan dalam media massa ni...ish...misi pencarian akif bermula.abahnye ke kanan..ummi ke kiri...cari tuan kecik..aku dah nak nangis dah..rasa macam nak suruh staf dia buat announcement je....hampir putus asa cari..aku patah balik untuk panggil abah tuan kecik...tup..tup...tuan kecik ada dengan abahnye...ya Allah...rasa lega..kaki yang tadinya dah longlai...kembali kuat...argh....moral of the story..."kalau anda juga ada anak sebaya anakku..yang mula nak kenal dunia, hati-hati dan sentiasa fokus setiap gerak geri mereka"
tuan kecik..kena naik spesel carummi meja ni sesuai for study


Teori evolusi ini dipelopori oleh seorang ahli zoologi bernama Charles Robert Darwin (1809-1882). Dalam teorinya ia mengatakan : "Suatu benda (bahan) mengalami perubahan dari yang tidak sempurna menuju kepada kesempurnaan". Kemudian ia memperluas teorinya ini hingga sampai kepada asal-usul manusia. Menurutnya manusia sekarang ini adalah hasil yang paling sempurna dari perkembangan tersebut secara teratur oleh hukum-hukum mekanik seperti halnya tumbuhan dan haiwan. Kemudian lahirlah suatu ajaran(pengertian) bahawa manusia yang ada sekarang ini merupakan hasil evolusi dari monyet besar (manusia monyet berjalan tegak) selama bertahun-tahun dan telah mencapai bentuk yang paling sempurna.
Tetapi dalam hal ini Darwin sendiri kebingungan kerana ada beberapa jenis tumbuhan yang tidak mengalami evolusi dan tetap dalam keadaan seperti semula. Walaupun pernyataan Darwin dalam bukunya yang berjudul "The Origin of Species" dapat dikatakan kejayaan besar kerana membahas masalah yang menyangkut asal usul manusia, namun hal ini hanyalah bersifat dugaan belaka.
Hal ini diantaranya merupakan kelemahan teori yang dikemukakan oleh Darwin. Tidak ada titik temu antara teori yang ada dengan kenyataan. Sebagai contoh, para ahli zoologi sangat akrab dengan suatu species yang bernama panchronic yang tetap sama sepanjang masa. Juga ganggang biru yang diperkirakan telah ada lebih dari satu milyar tahun namun hingga sekarang tetap sama. Yang lebih jelas lagi adalah haiwan sejenis biawak/komodo yang telah ada sejak berjuta-juta tahun yang lalu dan hingga kini tetap ada.
Ciri-Ciri Manusia Dalam Teaori Evolusi
Di dalam teorinya Darwin berpendapat bahwa manusia berasal dari perkembangan makhluk sejenis kera yang sederhana kemudian berkembang menjadi hewan kera tingkat tinggi sampai akhirnya menjadi manusia. Makhluk yang tertua yang ditemukan dengan bentuk mirip manusia adalah Australopithecus yang diperkirakan umurnya antara 350.000 - 1.000.000 tahun dengan ukuran otak sekitar 450 - 1450 cm3. Perkembangan dengan perubahan volume otak ini besar pengaruhnya bagi kecerdasan otak manusia. Australopithecus yang mempunyai volume otak rata-rata 450 cm3 berevolusi menjadi manusia kera (Neandertal) yang mempunyai volume otak 1450 cm3. Dari penelitian ini diperkirakan dalam waktu antara 400.000-500.000 tahun volume otak itu bertambah 1000 cm3. Tetapi anehnya perkembangan dari Neandertal ke manusia modern sekarang ini selama ± 100.000 tahun volume otaknya tidak berkembang. Teori ini tidak mengemukakan alasannya.Jadi secara jujur dapat kita katakan bahwa teori yang dianggap ilmiah itu ternyata tidak mutlak karena antara teori dengan kenyataan tidak dapat dibuktikan. Sangat menarik untuk dijadikan nilai tambah dalam P&P kita
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang-bintang '
Iman Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.

Iman Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'

IMAM GHAZALI' Apa yang paling berat didunia? '
Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '
Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'

Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'
Imam Ghazali = ' Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '

Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? '
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '
Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri
Mengapa harini rasa letih sangat...macam nak pengsan ja...
Kerja-kerja mendekorasi rumah telah berjalan setiap hujung minggu...tak banyak pun yang di renovate semula..ikut budget sedia ada...antara yang aktiviti yang dilakukan mula dengan sesi tukar wall colour dalam umah...ikut citarasa sendiri...pasang lampu kipas ikut citarasa bersama juga...kitchen cabinet yang sampai skang pun tak nampak batang hidung orang nak mai ukuq tu...pintu besi for sliding door...itu saja yang mampu dan ada budget...hehe...langsir?ready made dari nilai 3..tak jauh dari umahku..senang jugak hidup ni..hehe tengok tu profesional je tukang cat dia...:) ni tukang yang nak bagi CF Sibuk betul tuan kecik ni ye apa sudah jadi ni??dah dicalit cat oleh ummi
Macambiasa setiap hari pukul 8 sampai 10 pagi masuk kelas....mulalah sesi kuliah perkahwinan, harini topik kafaah...mengapa Islam menggalakkan agar kita berkahwin dengan pasangan yang sekufu dengan kita...agak sukar sebenarnya nak huraikan topik ni walaupun nampak simple sebab soalan yang diajukan oleh pelajar yang suka ber "kalau itu...kalau ini...."tak menilai dengan fakta yang sahih atau hujjah yang bernas...kadang-kadang cepat buat konklusi "tak semua manusia begitu.....""ada juga yang kawin tak setaraf...tapi bahagia je...."konklusi yang dibuat sepatutnya kita kena sediakan kajian adakah benar atau ramai manusia yang memandang taraf itu tidak penting???sekiranya benar...mengapa Islam membicarakan persoalan sekufu ini sebagai salah satu elemen yang wajar kita lihat sebelum kita berkahwin...maka inilah jawapannya..Adakah Islam mengakui suami isteri itu bertaraf-taraf. Jawapannya ya. Taraf ini diukur dari darjat kehidupan. Tentulah tidak sama orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu, orang yang suka berpoya-poya dan berbuat maksiat dengan orang yang warak. Dari aspek inilah Islam melihat adanya perbezaan hidup manusia. Walaupun begitu dari segi nilai kemanusiaan, manusia itu sama. Manusia yang jahat pun, dari sudut peri kemanusiaan, perlu diberi pertolongan dan dihormati sebagai manusia. Dari semua perbezaan hidup dan nilai-nilai hidup manusia, tidak ada yang lebih mulia daripada insan yang bertakwa. Inilah sebenarnya yang dimaksudkan apabila Islam mengakui darjat-darjat hidup manusia. Perkahwinan kufu' ialah perkahwinan di antara suami dan isteri yang mempunyai persamaan dari segi keadaan hidup. Memang ada aliran hukum di dalam perundangan Islam yang tidak melihat perkara ini sebagai penting. Mereka memandang tidak penting yang kaya berkahwin dengan yang miskin, yang berpangkat berkahwin dengan yang tidak berpangkat. Aliran ini melihat dari aspek kemanusiaan semata-mata, yakni Allah S.W.T. menjadikan manusia sama sahaja. Tetapi satu aliran hukum lagi dalam peiundangan Islam iaitu aliran al-Syafiyyah, memandang perbezaan taraf hidup sama ada dari segi kekayaan, ilmu, akhlak dan lain-lain mempunyai pengaruh dalam menentukan kehidupan rumahtangga, kerana realiti kehidupan seperti ini tidak boleh diperkecilkan. Seorang perempuan kaya yang sudah biasa dengan kehidupan mewah, sudah tentu menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan dirinya dengan kehidupan baru yang disediakan oleh suaminya yang miskin. Kesukaran ini boleh menimbulkan masalah yang rumit. Demikian juga seorang suami yang warak berkahwin dengan isteri yang suka berpoya-poya, sudah tentu akan menimbulkan masalah yang melibatkan hubungan suami isteri itu. Inilah realiti kehidupan alam perkahwinan yang perlu mendapat perhatian perundangan dan dari sinilah timbulnya masalah kahwin sekufu'. Aliran perundangan al-Syafiyyah, memberi hak kepada wali untuk melarang anak perempuan berkahwin dengan orang yang tidak sekufu' dengannya untuk mengelak daripada masalah ini dan untuk kepentingan hidup anaknya. Demikian juga aliran ini memberi hak kepada anak perempuan membantah wali mengahwinkan dirinya dengan orang yang tidak sekufu' dengannya, demi untuk menjaga kepentingan diri dan kehidupannya di masa hadapan. Pada zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang hamba bernama Burairah yang dimerdekakan oleh Aisyah r.a. Setelah dia dimerdekakan, Rasulullah bertanya kepadanya kerana dia telah berkahwin dengan seorang hamba. Baginda memberi pilihan kepada Burairah sama ada mahu meneruskan perkahwinannya atau bercerai. Nyatalah bahawa Rasulullah begitu menitikberatkan soal sekufu, memandangkan suami Burairah masih menjadi hamba berbanding dirinya yang sudah merdeka. Ayat al-Quran yang begitu terang menceritakan tentang sekufu ini tidak ada. Cuma yang ada ialah ayat yang agak hampir dalam masalah sekufu ini, iaitu surah an-Nur ayat 26, Allah s.w.t. berfirman maksudnya: Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (juga), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik, dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Malah kepentingan sekufu ini tidak terhad kepada gadis dan wali sahaja, wanita yang berstatus janda juga perlu dititikberatkan soal sekufu. Ini terbukti apabila Rasulullah s.a.w. berpesan kepada Ali bin Abi Talib, Tiga perkara jangan kamu tangguhkan. Pertama, menunaikan sembahyang apabila masuk waktunya. Kedua, menguruskan jenazah, dan ketiga, janda sekiranya didapati ada lelaki yang sekufu dengannya, maka langsungkanlah pernikahannya. (Riwayat Tirmizi).aspek pendidikan boleh dikaitan dengan profesion atau kerjaya dan penghayatan agama (ilmu agama). Contohnya sebuah kisah yang berlaku pada zaman baginda Rasulullah. Bilal bin Rabah (bekas hamba) berketurunan Habshi telah dikahwinkan dengan seorang wanita Ansar. Wanita tersebut mengetahui bahawa Bilal bukan berbangsa Arab. Namun, Rasulullah mengenepikan soal darjat antara kedua-duanya dan mengatasinya dengan cara memberi kefahaman dan penghayatan agama. Begitu juga kisah sekumpulan orang-orang Ansar yang berkata kepada Ali bin Abi Talib, ``Alangkah baiknya kalau kamu memiliki Fatimah.'' Lalu Ali menemui Rasulullah s.a.w. untuk meminang puterinya, Fatimah. Setelah mengucapkan salam beliau ditanya oleh Rasulullah s.a.w.: Apa hajatmu wahai putera Abi Talib? Jawab Ali, Aku hendak melamar Fatimah puteri Rasulullah s.a.w. Rasul menjawab: Marhaban Wa Ahlan. dan tidak berkata apa-apa lagi. Maka Ali keluar menemui sekumpulan orang-orang Ansar yang sedang menunggunya tadi. Mereka bertanya, ``Berita apa yang kau bawa?'' Ali menjawab, ``Aku tidak tahu kerana baginda hanya mengatakan kepadaku, Marhaban.'' Daripada peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa sekufu dalam agama merupakan aspek penting dalam pemilihan jodoh.
3 minggu berhempas pulas seluruh tenaga kemas dan buang apa yang patut, kini bermulalah detik usrahku bermastautin ditempat yang baru menikmati suasana yang baru, kenalan yang baru, perjalanan yang baru. agak letih memindah seluruh barang dan klasifikasikan mana yang perlu dibawa bersama dan mana yang perlu ditinggalkan sebagai bahan arkeologi di rumah sewa itu. letih jugak ye...kalau boleh tak nak lagi berhijrah ke mana-mana lepas ni...,walaupun barang tak banyak mana...tapi bila dah kemas..x muat jugak lori yg disewa...erm..dont judge a book by its cover...tgk macam tak banyak..tp banyak...,lepas ni perjalanan ke tempat kerja lebih kilometer la nampaknya...selamat tinggal port dickson....:)memori sepanjang diriku dan dia memulakan kehidupan baru akan sentiasa tersemat dalam hatiku....

Myspace Tickers, Flowers Tickers
Pada minggu ini bermula sesi kuliah bagi intake januari 2010, bagiku tiada apa yang berubah melainkan jumlah jam mengajar yang bertambahserta bebanan tugas yang melimpah. Pada minggu ini juga daku dianugerahkan jadual PnP yang sememangnya satu kewajipan bagi diriku untuk menerimanya. Setiap sem pun macamtu la...jadual adalah salah satu perkara yang terkandung dalam PLSP-05..cewahh ingat jugak bab ISO ni ye. Seronok atau tidak dengan kelas dan bilangan pelajar yang diterima, kena terima jugak..jangan banyak komen. Niat awal tu kena betulkan..."untuk menjadi warga pendidik yang bisa memastikan visi dan misi politeknik itu tercapai"..wah...ni adalah kata-kata semangat yang perlu disematkan oleh seluruh warga pendidik didunia ni. Ikhlas kena ada, barulah apa yang disampaikan oleh kita akan tersemat dalam hati anak bangsa selamanya. Sabar..jangan merungut..(walaupun kadang-kadang hati merungut jugak..hehe).Macam biasa aku memulakan sesi kuliah pertama ku dengan pengenalan kursus secara umum kepada setiap program yang aku ajar. Kali ni 9 program yang aku pegang bila didarab dengan 2 jam.jadi semua 18 jam kredit mengajar.boleh tahan juga.dulu masa mula-mula posting hanya 12 jam je ngajar.hampir 4 tahun di port dickson dah dapat 18 jam..oklah kan??program yang diajar untuk semester ni macambiasa..mekanikal tu memang program wajib aku dapat..dah sinonim dengan aku. tapi ok jugak...semuanya lelaki..tak banyak kerenah..marah macammanapun diorang stay cool...hehe,jiwa lelaki kan..untuk commerce majoriti pelajar perempuan..ok jgk...tapi wanita ni manja..biasalah...
Kali ni aku dapat satu program yang mempunyai bilangan pelajar hampir 70 orang.erm..ramainye..macammana nak handle ni??hari pertama aku masuk ke dewan kuliah yang menempatkan pelajar DKM1S1 dan DKM2S2 yang mempunyai bilangan 67 orang pelajar kesemuanya...aku bagi salam awal bicara pemanis kata...dalam hati mula berbisik "wah ramai...hampir kesemuanya lelaki..12 kuntum je bunga..."aku pun mulakan sesi taklimat kursus seperti biasa.."baiklah semua,saya nak kamu semua tolong dengar apa yang saya nak maklumkan pada harini..kriteria yang saya ambil kira untuk kursus ni...bla...bla...bla..."semua pelajarku mendengar dengan baik...kemudian aku buka sesi cadangan untuk kumpulan tugasan yang akan kuberikan nanti"kamu semua boleh bagi cadangan,berapa orang untuk satu kumpulan tugasan..memandangkan jumlah kamu yang ramai?"salah seorang pelajar lelaki dalam kelasku mula bagi cadangan "10 orang puan","erm...10???hai..biar betul??"hatiku berbisik,"10 orang tu group sukaneka bolehla..."jawabku,suasana kelas gamat seketika,pelajar tadi membetulkan cadangannya"den gurau je,4 orang puan"..aku terima cadangannye yang kedua...,baru rasional sikit..tapi yang aku tak sangkanya...pelajar tersebut adalah adik kepada sahabat baikku di UM dulu...hai sesi jejak kasih dalam kuliah ke??adik fizam rupanya...Fizam aku ajaq adik hang oiiii!!,dia takut nak tegur aku masa dia lihat aku mula melangkah masuk ke dewan kuliah,walaupun katanya banyak gambar-gambarku dilihat bersama kakaknya diUM dulu...aiyya...kecilnya dunia..hebatnya aturan yang Esa.....

24 Disember 2007 aku disatukan dengan Muhd Ridzuan bin Hashim,2 tahun sudah kita melayari ikatan perkahwinan serta bahtera rumahtangga, segala pahit manis,suka duka telah banyak kita tempuhinya...dalam masa yang sesingkat ini kita dianugerahkan permata hati yang telah menyinarkan lagi pelayaran hidup kita.Alhamdulillah segalanya merupakan kurniaan maha hebat Illahi...siapa boleh membaca hari esok melainkan DIA...harapan kita genap 2 tahun perkahwinan ini 24 Disember 2009, dan coretan di blog ini kulakarkan pada tarikh yang terlewat dari event yang sebenar..bukannya apa...tak dak masa nak tulis aih...semoga keluarga kita disinari cahaya bahagia...sentiasa didalam rahmat Maha Esa..moga Allah permudahkan cita-cita kita,perbanyakkan zuriat soleh dan solehah untuk kita...moga beroleh husnulkahtimah...sejiwa selamanya...romantik selalunya....hehe...apa perancangan thn ke3 perkahwinan...tambah bilangan ahli??hehe,wedding anniversary kali ni...sambut di P.Dickson je,banyak sgt sebab2 yang tak dapat nak dielakkan..maka percutian tidak terancang....sepanjang bulan 12 ni...byk event lain...balik kampung selesaikan macam-macam isu..jadi perancangan untuk diri sendiri letak tepi dulu....tak pe la...mana-mana pun..apa yang penting??KERJASAMA!!ye ker??tak la..itu kartun...apa yang penting sentiasa bahagia...hehe,gaduh sikit2 tu...alah..biasala...sedangkan lidah lagi tergigit ini pula suami isteri...gigit-gigit sayang kan...??
Pagi sabtu yang sangat tenang dan indah,mana tak indah..hari sabtu macam ni la boleh stay di rumah ataupun plan berjalan ke mana-mana destinasi yg menarik. macam biasa rutin aku dan dia..weekend tak kan lekat dirumah,mesti ada je aktiviti walaupun destinasinya tidak jauh.satu hari di hari minggu aku menyuarakan hasrat nak tengok ikan(bukan ikan kat pasar ye)ikan macam dekat underwaterworld tu...kalau dari nogori ni...aquariala yang paling dekat...so dengan hati yang terbuka dan berwajah ceria,'dia'menerima cadanganku untuk ke aquaria klcc..wah hebat sungguh mengidam ibu2 ni ye..akif pun tak minta..ummi dia plak yang minta...si abah akif mulakan bicara...aku tersenyum sahaja...apa nak kata kata lah..yang penting boleh p...bisik hatiku..hehe.kemudian plan pun diatur dengan baik sekali oleh suamiku...katanya kita pergi tengok pc fair dulu...(kebetulan klcc ada pc fair)so aku angguk tanda setuju..akif??main radio dalam kereta..lepas era ke ikim ke hot fm ke sinar ke ai fm ke minnal fm..hebat kan akif..makin pandai,kemudian on the way 'dia' tanya aku lagi "ikan bukan aktif malam-malam ke?"bisik aku dalam hati "aktif malam-malam bukan harimau ke?"aku pun menoleh kepada dia "itu bukan night safari ke?"aku menyuarakan..dia pula cakap"oh ye ke"..aku mengalihkan pandanganku ke luar tingkap...nak ketawa pun ada...dalam hati aku berkata "nak main aci kelat la tu...tak nak p la tu...,maklumla pc fair kegemaran dia"..hehe, sampai je klcc setelah puas cari parking..bermulalah perjalanan kami bertiga ke klcc...singgah solat asar di masjid klcc, lepas tu pergi bank..beratuq punya panjang sampai dah nak hampir pukul 7 ptg..and then kitorang pun cari plan nak ke aquaria..jauh jgk berjalan...ikut signboard ke aquaria..sampai depan pintu aquaria...pak guard bersuara..."dah tutup,pukul 7 dah tutup"...argh!!!!jeritku...geram...akif pun tak geram...ummi akif plak geram...sebab apa aku geram ye??sebab mindset dah nak tgk aquaria.tak pe lain kali kita tgk ye...pujuk dia..jadi apa jadi seterusnya..kami jalan-jalan pusing klcc dan lepak sampai tengah malam disitu...wah...seronok juga ye.
gambar-gambar yang sempat diambil ketika menghabiskan malam di klcc


cantikkan...neon kuala lumpur

kesian akif...sampai tertido keletihankita minum dulu!!