Tak tahu bagaimana nak mulakan bicara untuk entri ni, nak huraikan apa yang tersirat di sebalik title di atas" tinggalkan tugas,bahagiakan mereka". yang pastinya maksudnya mudah..kerana aku mengambil cuti daripada kesibukan tugas..untuk bahagiakan insan yang paling aku sayangi mak dan abah yang berkunjung ke rumah kami untuk hadir ke konvokesyen adikku yang kedua di uitm Shah Alam pada 24 Mei yang lalu. rasa seronok sangat menerima kunjungan mereka yang jauh dimata tapi dekat dihati..selama ni hanya dengar suara di telefon saja atau sms. untuk meraikan kunjungan mereka ke rumah baru kami..maka aku ambil cuti 2 hari. 24hb aku ke Shah Alam untuk hadiri konvokesyen adikku, and then lepas sesi photografi kat studio, kami pergi makan-makan di TTDI,sangat seronok bila dapat makan-makan bersama family,dah lama sangat rasanya tak buat event macamni..maklumla masing-masing jauh, sekali dapat berkumpul..waahh..meriah,rasa macam zaman kanak-kanak dulu pula...25hb, aku bawa mak dan abah jalan-jalan,shopping di sekitar Nilai 3, Seremban..belanja jugala apa yang patut, disebabkan husband bertugas pada hari tersebut, maka akula yang drive dan bawa mereka jalan-jalan..kalau masa kita kecil-kecil dulu mak dan abah bawa kita jalan-jalan kan??,tapi sekarang kita pula yang mainkan peranan tersebut, alhamdulillah Allah masih panjangkan umur kita dan kedua ibubapa kita untuk kita berbakti selagi mana mereka hidup,rasa sayu dan sebak bila kenangkan mereka menjaga, mendidik dan mencurahkan sepenuh kasih sayang mereka pada kita suatu tika dulu..dan bila difikirkan hanya sikit saja jasa kita untuk mereka..berbanding pengorbanan mereka untuk kita, hari ini 26hb jam 6.20 am kami bergegas ke LCCT kerana dah tiba masanya untuk abah dan mak pulang ke Sabah. Kenapa ye, airmata aku tak dapat di tahan-tahan lagi bila tiba masa untuk mereka berlepas jam 7.20am tadi??itulah 'tabiat' aku sejak dari sekolah sampai dah kawin ni..kalau nak berpisah dgn mak dan abah je mesti nangis..mungkin ini naluri wanita kan..
sangat gembira dapat meraikan mereka walaupun masa begitu singkat..sebagai anak,walau sesibuk mana pun kita,luangkanlah masa untuk bertanya khabar dan menjenguk mereka, kerana apa yang mereka inginkan daripada kita bukanlah wang ringgit tetapi perhatian dan kasih sayang anak-anak selagi hayat dikandung badan...