OuR LoVe

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My LittLe SunShiNe

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Pages

Tidur adalah salah satu nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada setiap hambanya..cuba anda bayangkan kiranya anda tak dapat tidur sehari semalam...apa agaknya yang akan anda rasa pada hari berikutnya?terutamanya bagi mereka yang perlu keluar awal esok hari untuk menuju ke tempat kerja seperti saya, mesti letih kan??tapi kenapa malam ni aku tidak dapat tidur...dah puas pejamkan mata, namun tak berhasil..adakah kerana tiada insan tersayang disisi malam ni..dan untuk malam-malam berikutnya..jadi disebabkan tak boleh tidur..diri ini menjenguk ke laman sesawang ni..hari ni dah acapkali aku singgah disini..mungkin kerana aku boring menunggu panggilan dari 'dia' yang belum lagi kol sampaila malam ni...hai hati gelisah ni...rindu sangat nak tau kabar dia di Bandung..kapan tiba??bermalam di mana??aduh..perit kan jiwa menunggu berita orang tersayang disana..begitu juga aku cuba menghubungi dia..tak juga dapat..erm..kenapa agaknya ye??rasa sunyi sangat hari ni tanpa dia..tapi mujurlah ada buah hati pengarang jantung akif..boleh juga hilangkan rasa bosan dengan keletahnya yang dah pandai bertutur bahasa 'jerman'..aku juga tahu akif mencari abahnya hari ni..ahh..sayu juga..rasa ingin saja kutitiskan airmata..masih lagi gagal untuk hubungi abah akif malam ni...rindunya hati ini..apa yang anda buat bila rindu orang tersayang??ni yang aku buat..semua orang yang ada dalam gambar di bawah ni semuanya ku ingat...layan gambar-gambar sebelum tidur..
Kecuaian biasanya berlaku tanpa memilih tempat, masa dan keadaan,samada kita bersedia atau tidak untuk terima natijah atas kecuaian kita. Oleh itu, bila dah terkena lepas ni pastikan diri lebih alert dengan semua perkara,sebenarnya akibat kecuaian ni bukan pertama kali berlaku dalam hidup aku, dah banyak kali dah, pagi tadi jam 7.15 am aku ke airport untuk hantar dia ke Bandung, macam-macam jadi sebelum nak sampai airport tu, akibat kecuaian aku..dia terpaksa patah balik untuk ambil memori kad kamera yang aku terlupa nak masukkan semula dalam kamera..apa lagi..seperti seorang anak yang mendengar nasihat seorang bapa, sepanjang jalan untuk berpatah balik..aku dengar 1001 tazkirah dan ayat-ayat motivasi daripada 'dia'...erm..aku yang bersalah bisik hatiku, nak di jadikan cerita, sampai saja di airport, kami park kereta..dia bagi dekat aku coin parking kereta tu, katanya jaga elok-elok coin ni,kalau hilang nanti kena kompoun tinggi..dia letak atas tapak tangan aku,aku terus masukkan dalam handbagku..tanda berhati-hati, kami breakfast di asia taste,sampai saat dia nak departure,aku keluarkan coin tu..dia menghulurkan tangan dan aku salam,setelah dia kucup dahiku..terasa sayu hati akan ditinggalkan untuk tiga hari..tapi kontrol2..jangan nangis..malu kat orang..akif pun tak nangis..ummi dia plak over..hehe..lepas akif salam abah and say ilal liqa' to abah..aku menyuarakan hasrat hati untuk bawa akif jalan2 area tu dulu sambil tengok aeroplane..sebab akif suka aeroplane...dia kata terpulang padaku..dan jaga diri,aku pun say goodbye to my beloved asben..and terus bawa akif jalan-jalan..tiba sampai nak bayar parking baru conciuss that my parking coin been lose..waaaaa!!hati menangis siapa tahu,,kata-kata dia mula terngiang2.."jaga elok-elok coin ni"...aku mula mencari dengan akif..tak ketemu jua,apa lagi..sampai je kat exit gate aku kena kompaun..rm54.50..waaaa..banyak tuuuu..asalnya rm4.50 je..aku drive balik sambil menangis sekuat hati dalam kereta...airmata perpisahan + musibah..akif hanya memerhatikan aku and touch my shoulder..seolah-olah memujuk...nasib baik ada akif...terubat juga...aku belum beritahu dia akan peristiwa pagi ni...akan ku beritahu bila dia kembali dari Bandung nanti..
Bila baca artikel ni, rasa terpanggil untuk kongsi dengan semua. Di New York,seorang lelaki berusia 51 tahun mati di meja kerjanya dan office mate tak tahu bahawa lelaki ini dah 5 hari mati. ini kerana lelaki ini memang sentiasa datang awal ke pejabat dan paling lewat meninggalkan pejabat. hal ini disedari oleh seorang tukang cuci yang datang membersihkan office tersebut hari sabtu dan merasa hairan kenapa that guy kerja hari sabtu..erm, sangat menarik kan??kerja terlalu kuat sangat pun..tak boleh juga kan??adakah kita nak jadi seperti ini,terlalu memikirkan target untuk SKT sampai abaikan kesihatan, terlalu fikirkan audit sampai lekakan dulu waktu solat...terlalu fikir 5s semuanya nak upgrade sehingga berlakunya pembaziran..terlalu fikir ISO dan banyak lagi bebanan kerja yang lain sampai kena heart attack..
jadi : dont work too hard...bila jam menunjukkan pukul 5pm maka balikla..sambungla kerja di esok hari :)
Disebabkan mama jauh diperantauan..yang memang teringin sangat nak tgk perkembangan rumah anakanda..this is serba sedikit picture yang dirakamkan khas untukmu...lagipun rumah tak sepenuhnya siap di renovation..ada ongkos jalan...tak dak ongkos..hold dulu...heheentrance,car porch,kasut yang terbengkalai diluarni la..cat gabungan warna tu..coklat+hijau..ni ruang tamu,masih belum sepenuhnyani bilik utama..
dapur and living room atas..masih belum sempurna direnovate..malu untuk menunjukkan keadaan dapur ala pak belalang tu...mungkin dapur pak belalang cantik sikit..tajaan sepenuhnya by IKEA your house depot..,kansai paint,dulux weather shield..,kedai perabot wsc seremban..nilai 3 curtain..terima kasih kerana banyak belanjawan tahun ni ke gedung-gedung anda..untuk kitchen cabinet and wardrobe bilik..slow and steady..because terpaksa kira balik budget..tak pe..anda perlu bijak berbelanja...ikut rasa binasa..coz semuanya nak kan??untuk kawan-kawan yang ada perancangan untuk membeli rumah atau dah beli rumah cuma menghitung hari serahan kunci atau ulang alik pergi site rumah setiap minggu untuk melihat progress rumah anda ..anda perlu saving dari sekarang..agar tidak berhutang dikemudian hari..utamakan yang utama dulu untuk rumah baru anda...manakala dekorasi yang lain yang kurang penting ditangguhkan dulu..buat penambahbaikan bila sudah ada lebihan budget ok!
Today aku bangun sangat awal..siapkan sarapan untuk hubby yang nak ke damansara awal pagi kerana berkursus..dengan terkebil-kebil aku ramas pisang mak mertua aku bg tika pulang ke kampung sabtu yang yang lalu...bila ramas pisang dan tumbuk pisang..teka?apa yang aku buat untuk dia??haha..mestila cekodok pisang..sedap tau..pukul 6.30 pagi ramas pisang...sampai hitam2 cekodok tu..lantaran api terover km dari biasa...tak pe..yang hitam aku makan dulu...yang agak boleh makan aku bagi dia..mithali kan??masuk ja dalam bakul sekali sekala...sapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri..pukul 7.00 sementara tgg dia..sempat lagi baring atas sofa untuk lelap semula dan dikejutkan dia untuk breakfast bersama...akif??akif kan cuti sekolah...tido lagi la..just kitorang berdua je la yang sarapan...siap bekalkan dia dgn cekodok pisang ke damansara lagi...hahaha..dia bilang buat bekal di perjalanan....oh..terharunya..aku hantar dia ke muka pintu..and salam dan lambai tangan....selamat jalan...aku rebahkan diriku untuk tidor semula..wah malasnya aku..husband dah siap call orang untuk datang kemas rumah..jadi aku hanya berehat dan baca buku...goyang kaki...wah rasa seronok jugak ye..lagak seperti ada pembantu rumah pula...erm..kalau ada pembantu rumah mungkin best kan??tengok macam harini sudah..semua kerja-kerja rumah sudah disetelkan...tapi..macam malas sangat pulak rasanya...sekali sekala bolehla dapatkan orang cuci rumah..disebabkan aku sendiri tak sempat nak setelkan semua..penat..so today abang jadikan dinda bagaikan puteri ye..tqvm!!
sementara orang cuci all out rumahku..aku layan blog ni...lama rasanya aku tinggalkan ruangan ni..bukan apa..masa tu macam singkat sangat untuk aku duduk depan laptop ni lama-lama..erm..ok aku nak sambung semula bacaan tadi..buku yang husband pinjam di library..yang aku pun tak paham jugak certain2 ayatnya...tapi aku mesti baca bg habis jugak..menarik jalan ceritanya...relevan dengan kursus aku mengajaq di poli...tamadun islambuku ni sangat menarik,cuba untuk fahamlayan blog sambil melihat panorama melalui bilikku
Sejak beberapa hari kebelakangan ni, banyak perkara memeranjatkan aku lihat,alami dan dengar, bulan lepas perginya puteri kesayangan zulhelmi dan aizatti "Zunnur", bulan ni baru dua tiga hari lepas..dapat berita sahabat baik satu universiti yang pernah makan bersama, tidur bersama, rehlah bersama, berkongsi cerita duka bersama pergi meninggalkan alam dunia selamanya...Kak Liza...Wahida sangat terkejut mendengar berita pemergiaanmu yang sangat meruntun hati dan jiwa 2 tahun lepas...terlalu sukar dan terkejut mendapat berita ini..semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohmu..dan baby yang sedang dikandung 31 minggu...sesungguhnya Allah lebih menyanyagimu dan anak...cerita pemergian sahabatku ini diketahui pun dari rakan FB yang satu kampung dengan beliau...rupanya..mereka juga mencariku..oh...sungguh terharu..kecanggihan teknologi ini menghubungkan semula ikatan persahabatan yang terpisah..cuma dalam situasi serta hikayat yang berbeza...apa lagi yang mengejutkan..bertemu semula sahabat baik sekolah rendah yang juga hampir belasan tahun terpisah, Suhaila Mohd Rabi...nama diberi..wah..sangat seronok kongsi cerita satu masa dulu, dan ini kisah terbaru pagi tadi sampai office pukul 8.30 pagi..sebab jalan jam coz ada kemalangan ngeri...aku jadi kalut juga..sebab dalam masa yang sama terpaksa tenangkan akif di sebelah yang dah mula merengek...ambil keputusan call husband tanya ada jalan lain tak untuk sampai ke port dickson..disebabkan kereta yang tak ada tanda-tanda untuk bergerak..jawapan dari husband ada..and dia pun bagi jalan alternatif lain yang agak bahaya skit jalannya...sambil tenangkan akif...aku kuatkan semangat ikut jalan tu..walaupun pada mulanya sesat...uhuhuhu..sangat pilu...takut menguasai diri tapi kugagahkan diri berani...sampaila politeknik and terus rush ke kelas...pelajar pula pakat balik habis tinggal kipas je yang berpusing...apa lagi..aku call ketua kelas...supaya datang semula,walaupun masing-masing dah hip hip horray kelas tak ada..inilah al-kisahnya hidupku...