OuR LoVe

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My LittLe SunShiNe

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Pages


Myspace Tickers, Flowers Tickers
Pada minggu ini bermula sesi kuliah bagi intake januari 2010, bagiku tiada apa yang berubah melainkan jumlah jam mengajar yang bertambahserta bebanan tugas yang melimpah. Pada minggu ini juga daku dianugerahkan jadual PnP yang sememangnya satu kewajipan bagi diriku untuk menerimanya. Setiap sem pun macamtu la...jadual adalah salah satu perkara yang terkandung dalam PLSP-05..cewahh ingat jugak bab ISO ni ye. Seronok atau tidak dengan kelas dan bilangan pelajar yang diterima, kena terima jugak..jangan banyak komen. Niat awal tu kena betulkan..."untuk menjadi warga pendidik yang bisa memastikan visi dan misi politeknik itu tercapai"..wah...ni adalah kata-kata semangat yang perlu disematkan oleh seluruh warga pendidik didunia ni. Ikhlas kena ada, barulah apa yang disampaikan oleh kita akan tersemat dalam hati anak bangsa selamanya. Sabar..jangan merungut..(walaupun kadang-kadang hati merungut jugak..hehe).Macam biasa aku memulakan sesi kuliah pertama ku dengan pengenalan kursus secara umum kepada setiap program yang aku ajar. Kali ni 9 program yang aku pegang bila didarab dengan 2 jam.jadi semua 18 jam kredit mengajar.boleh tahan juga.dulu masa mula-mula posting hanya 12 jam je ngajar.hampir 4 tahun di port dickson dah dapat 18 jam..oklah kan??program yang diajar untuk semester ni macambiasa..mekanikal tu memang program wajib aku dapat..dah sinonim dengan aku. tapi ok jugak...semuanya lelaki..tak banyak kerenah..marah macammanapun diorang stay cool...hehe,jiwa lelaki kan..untuk commerce majoriti pelajar perempuan..ok jgk...tapi wanita ni manja..biasalah...
Kali ni aku dapat satu program yang mempunyai bilangan pelajar hampir 70 orang.erm..ramainye..macammana nak handle ni??hari pertama aku masuk ke dewan kuliah yang menempatkan pelajar DKM1S1 dan DKM2S2 yang mempunyai bilangan 67 orang pelajar kesemuanya...aku bagi salam awal bicara pemanis kata...dalam hati mula berbisik "wah ramai...hampir kesemuanya lelaki..12 kuntum je bunga..."aku pun mulakan sesi taklimat kursus seperti biasa.."baiklah semua,saya nak kamu semua tolong dengar apa yang saya nak maklumkan pada harini..kriteria yang saya ambil kira untuk kursus ni...bla...bla...bla..."semua pelajarku mendengar dengan baik...kemudian aku buka sesi cadangan untuk kumpulan tugasan yang akan kuberikan nanti"kamu semua boleh bagi cadangan,berapa orang untuk satu kumpulan tugasan..memandangkan jumlah kamu yang ramai?"salah seorang pelajar lelaki dalam kelasku mula bagi cadangan "10 orang puan","erm...10???hai..biar betul??"hatiku berbisik,"10 orang tu group sukaneka bolehla..."jawabku,suasana kelas gamat seketika,pelajar tadi membetulkan cadangannya"den gurau je,4 orang puan"..aku terima cadangannye yang kedua...,baru rasional sikit..tapi yang aku tak sangkanya...pelajar tersebut adalah adik kepada sahabat baikku di UM dulu...hai sesi jejak kasih dalam kuliah ke??adik fizam rupanya...Fizam aku ajaq adik hang oiiii!!,dia takut nak tegur aku masa dia lihat aku mula melangkah masuk ke dewan kuliah,walaupun katanya banyak gambar-gambarku dilihat bersama kakaknya diUM dulu...aiyya...kecilnya dunia..hebatnya aturan yang Esa.....

24 Disember 2007 aku disatukan dengan Muhd Ridzuan bin Hashim,2 tahun sudah kita melayari ikatan perkahwinan serta bahtera rumahtangga, segala pahit manis,suka duka telah banyak kita tempuhinya...dalam masa yang sesingkat ini kita dianugerahkan permata hati yang telah menyinarkan lagi pelayaran hidup kita.Alhamdulillah segalanya merupakan kurniaan maha hebat Illahi...siapa boleh membaca hari esok melainkan DIA...harapan kita genap 2 tahun perkahwinan ini 24 Disember 2009, dan coretan di blog ini kulakarkan pada tarikh yang terlewat dari event yang sebenar..bukannya apa...tak dak masa nak tulis aih...semoga keluarga kita disinari cahaya bahagia...sentiasa didalam rahmat Maha Esa..moga Allah permudahkan cita-cita kita,perbanyakkan zuriat soleh dan solehah untuk kita...moga beroleh husnulkahtimah...sejiwa selamanya...romantik selalunya....hehe...apa perancangan thn ke3 perkahwinan...tambah bilangan ahli??hehe,wedding anniversary kali ni...sambut di P.Dickson je,banyak sgt sebab2 yang tak dapat nak dielakkan..maka percutian tidak terancang....sepanjang bulan 12 ni...byk event lain...balik kampung selesaikan macam-macam isu..jadi perancangan untuk diri sendiri letak tepi dulu....tak pe la...mana-mana pun..apa yang penting??KERJASAMA!!ye ker??tak la..itu kartun...apa yang penting sentiasa bahagia...hehe,gaduh sikit2 tu...alah..biasala...sedangkan lidah lagi tergigit ini pula suami isteri...gigit-gigit sayang kan...??
Pagi sabtu yang sangat tenang dan indah,mana tak indah..hari sabtu macam ni la boleh stay di rumah ataupun plan berjalan ke mana-mana destinasi yg menarik. macam biasa rutin aku dan dia..weekend tak kan lekat dirumah,mesti ada je aktiviti walaupun destinasinya tidak jauh.satu hari di hari minggu aku menyuarakan hasrat nak tengok ikan(bukan ikan kat pasar ye)ikan macam dekat underwaterworld tu...kalau dari nogori ni...aquariala yang paling dekat...so dengan hati yang terbuka dan berwajah ceria,'dia'menerima cadanganku untuk ke aquaria klcc..wah hebat sungguh mengidam ibu2 ni ye..akif pun tak minta..ummi dia plak yang minta...si abah akif mulakan bicara...aku tersenyum sahaja...apa nak kata kata lah..yang penting boleh p...bisik hatiku..hehe.kemudian plan pun diatur dengan baik sekali oleh suamiku...katanya kita pergi tengok pc fair dulu...(kebetulan klcc ada pc fair)so aku angguk tanda setuju..akif??main radio dalam kereta..lepas era ke ikim ke hot fm ke sinar ke ai fm ke minnal fm..hebat kan akif..makin pandai,kemudian on the way 'dia' tanya aku lagi "ikan bukan aktif malam-malam ke?"bisik aku dalam hati "aktif malam-malam bukan harimau ke?"aku pun menoleh kepada dia "itu bukan night safari ke?"aku menyuarakan..dia pula cakap"oh ye ke"..aku mengalihkan pandanganku ke luar tingkap...nak ketawa pun ada...dalam hati aku berkata "nak main aci kelat la tu...tak nak p la tu...,maklumla pc fair kegemaran dia"..hehe, sampai je klcc setelah puas cari parking..bermulalah perjalanan kami bertiga ke klcc...singgah solat asar di masjid klcc, lepas tu pergi bank..beratuq punya panjang sampai dah nak hampir pukul 7 ptg..and then kitorang pun cari plan nak ke aquaria..jauh jgk berjalan...ikut signboard ke aquaria..sampai depan pintu aquaria...pak guard bersuara..."dah tutup,pukul 7 dah tutup"...argh!!!!jeritku...geram...akif pun tak geram...ummi akif plak geram...sebab apa aku geram ye??sebab mindset dah nak tgk aquaria.tak pe lain kali kita tgk ye...pujuk dia..jadi apa jadi seterusnya..kami jalan-jalan pusing klcc dan lepak sampai tengah malam disitu...wah...seronok juga ye.
gambar-gambar yang sempat diambil ketika menghabiskan malam di klcc


cantikkan...neon kuala lumpur

kesian akif...sampai tertido keletihankita minum dulu!!

Apa yang paling mengembirakan tahun 2010 ni selain daripada azam baru dan semangat baru,hari lahir dan ulangtahun perkahwinan?aku sebagai warga pendidik menerima kelas baru dan wajah yang baru nanti?tak lain dan tak bukan pindah masuk ke rumah yang baru..erm dah siap pun rumah di nilai.sekarang adalah proses packing barang di port dickson utk masuk ke rumah nilai.Boleh tahan jugak jauhnye dari polipd tempat aku bekerja sekarang. tapi semangat nak duduk rumah sendiri ni mengatasi segala kemungkinan yang bakal tiba.Mana penah ada rumah sblm ni kan...rumah sewa adala..kalau masa belaja dulu kolej yg disediakan pihak universiti,masa kecil plak rumah mama dan papa..so semangat dia lebih dari biasa..hehe,apa yang bermain dalam kepala kini adalah bagaimana nak decorate 'astana idaman ini dengan sebaik mungkin dalam masa yang sama menepati atau memenuhi budget aku dan dia..hehe,semua budget tu...dari exterior sampai interior...kalau ikut hati semua nak kan?tapi kalau ikut budget of coz terpaksa hold dulu mana yang kurang penting. tapi bagi aku, naluri wanita ini selalu mengatakan nak itu dan ini,semua penting,majalah-majalah interior design ni semuanya aku beli..nak amik ideala..kununnye...supaya dapat hasil yang terbaik nanti. so mula dari awal januari habis dari kuala lumpur ke negeri sembilan,negeri sembilan ke kl aku dan dia round..kot2 jumpa benda yang berkenan untuk masuk rumah baru ni, dari lampu,kipas siling,kitchen cabinet,walldrobe,tv set,erm..byk je sebut..tapi satu pun blum ada yang berkenan di hati. Malas nak pikir lagi aku dan dia ambil keputusan beli je lampu dan kipas di nilai 3...walaupun ramai yang berpendapat aksesori seperti lampu tu murah ler dekat puchong...tak per la..dah beli pun di nilai 3,boleh tahan jugak price dia...tapi byk choice jugak, rancangan seterusnya siapa yang nak pasang semua lampu dengan kipas tu??mulala khidmat pakar diperlukan..import abang ipar dari kl untuk pasangkan, tapi dia pasang satu je sebab dia terpaksa pulang awal ke kl coz nak keja,so??my husband cepat-cepat ambil ilmu elektrik ni,dan...jeng..jeng..satu rumah dia pasang including kipas..wah kagumnya....cepat belajar..bijak..bijak..."tahniah abang"wish aku sambil tepuk tangan.siap pasang lampu and kipas mula pulak pasang tinted...bukan kereta je tinted skang ni kan..rumah pun tinted..setiap weekend nanti bermula pulak agenda mengecat rumah!!malu pulak nak cakap dekat dia..seumur hidup aku..tak pernah pegang berus cat..pengalaman cat pun tak de..teruk kan?adakah anda jua sepertiku?jadi mulalah ngomelan husband ku "yang ni,abang tengok banyak yang tak tau"...nak buat macammana kecik-kecik dulu tak pernah involve bidang ni..hehe.
Jabir RA berkata pada masa pertahanan Khandak, aku lihat Rasulullah dalam keadaan lapar sekali. Aku pun bertanya kepada isteriku kalau ada apa-apa yang boleh dimasak untuk Rasulullah. Kata isteriku, "Kita cuma ada segantang gandum dan seekor kambing sahaja."Lalu aku pun menyembelih kambing itu sedang isteriku mengadunkan roti. Setelah selesai, aku pun pergi menjemput Rasulullah dan beberapa orang sahabat. Mendengarkan jemputan ini, Rasulullah lalu menghebahkannya kepada semua tentera Khandak.Bilangan mereka hampir 1000 orang, sedangkan makanan yang Jabir sediakan hanya untuk beberapa orang sahaja. Jabir menjadi gelisah, tetapi sebelum pulang, Rasulullah berpesan kepada Jabir, "Jangan kamu turunkan kualimu dan jangan kamu masak dahulu roti itu sebelum aku datang."Beberapa lama kemudian, Rasulullah pun sampai. Aku dan isteriku merasa resah dan pasti kami akan mendapat malu di hadapan Rasulullah dengan makanan yang sedikit ini.Maka aku pun mengeluarkan roti itu lalu diberkati oleh Rasulullah, begitu juga dengan daging dan kambingnya. Rasulullah berkata kepada isteriku, "Dapatkan seorang tukang roti untuk membantumu, kemudian ceduklah kuah itu dari tempatnya.Setelah siap, lalu makanlah semua yang datang dengan cukupnya malahan mereka makan dengan kenyang. Aku (Jabir) bersumpah dengan nama Allah, setelah mereka semua pulang, kualiku masih penuh seperti sediakala begitu juga dengan rotinya.
Setelah pelbagai usaha oleh kaum Quraisy untuk menyekat dan menghapuskan penyebaran agama Islam menemui kegagalan, maka Abu Jahal semakin benci terhadap Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam. Kebencian Abu Jahal ini tidak ada tolok bandingnya, malah melebihi kebencian Abu Lahab terhadap Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam.Melihatkan agama Islam semakin tersebar, Abu Jahal pun berkata kepada kaum Quraisy di dalam suatu perhimpunan, "Hai kaumku! Janganlah sekali-kali membiarkan Muhammad menyebarkan ajaran barunya dengan sesuka hatinya. Ini adalah kerana dia telah menghina agama nenek moyang kita, dia mencela tuhan yang kita sembah. Demi Tuhan, aku berjanji kepada kamu sekalian, bahwa esok aku akan membawa batu ke Masjidil Haram untuk dibalingkan ke kepala Muhammad ketika dia sujud. Selepas itu, terserahlah kepada kamu semua samada mahu menyerahkan aku kepada keluarganya atau kamu membela aku dari ancaman kaum kerabatnya. Biarlah orang-orang Bani Hasyim bertindak apa yang mereka sukai."Tatkala mendengar jaminan daripada Abu Jahal, maka orang ramai yang menghadiri perhimpunan itu berkata secara serentak kepadanya, "Demi Tuhan, kami tidak akan sekali-kali menyerahkan engkau kepada keluarga Muhammad. Teruskan niatmu."Orang ramai yang menghadiri perhimpunan itu merasa bangga mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Abu Jahal bahwa dia akan menghapuskan Muhammad kerana jika Abu Jahal berjaya menghapuskan Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam bererti akan terhapuslah segala keresahan dan kesusahan mereka selama ini yang disebabkan oleh kegiatan Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam menyebarkan agama Islam di kalangan mereka.Dalam pada itu, terdapat juga para hadirin di situ telah mengira-ngira perbelanjaan untuk mengadakan pesta sekiranya Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam berjaya dihapuskan. Pada pandangan mereka adalah mudah untuk membunuh Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam yang dikasihi oleh Tuhan Yang Maha Esa serta sekalian penghuni langit. Padahal Allah tidak akan sekali-kali membiarkan kekasih-Nya diancam dan diperlakukan seperti binatang.Dengan perasaan bangga, keesokan harinya di sebelah pagi, Abu Jahal pun terus pergi ke Kaabah iaitu tempat biasa Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam bersembahyang. Dengan langkahnya seperti seorang satria, dia berjalan dengan membawa seketul batu besar di tangan sambil diiringi oleh beberapa orang Quraisy yang rapat dengannya. Tujuan dia mengajak kawan-kawannya ialah untuk menyaksikan bagaimana nanti dia akan menghempapkan batu itu di atas kepala Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam.Sepanjang perjalanan itu dia membayangkan bagaimana keadaan Nabi Muhammad nanti setelah kepalanya dihentak oleh batu itu. Dia tersenyum sendirian apabila membayangkan kepala Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam pecah dan tidak bergerak lagi. Dan juga membayangkan bagaimana kaum Quraisy akanmenyambutnya sebagai pahlawan yang telah berjaya membunuh musuh nombor satu mereka.Sebaik saja Abu Jahal tiba di perkarangan Masjidil Haram, dilihatnya Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam baru saja sampai dan hendak mengerjakan sembahyang. Dalam pada itu, Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam tidak menyedari akan kehadiran Abu Jahal dan kawan-kawannya di situ. Baginda tidak pernah terfikir apa yang hendak dilakukan oleh Abu Jahal terhadap dirinya pada hari itu.Sebaik-baik saja Abu Jahal melihat Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam telah mula bersembahyang, dia berjalan perlahan-lahan dari arah belakang menuju ke arah Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam. Abu Jahal melangkah dengan berhati-hati, setiap pergerakannya dijaga, takut disadari oleh baginda. Dari jauh kawan-kawan Abu Jahal memerhatikan dengan perasaan cemas bercampur gembira. Dalam hati mereka berkata, "Kali ini akan musnahlah engkau hai Muhammad."Sebaik saja Abu Jahal hendak menghampiri Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam dan menghayun batu yang dipegangnya itu, tiba-tiba secepat kilat dia berundur ke belakang. Batu yang dipegangnya juga jatuh ke tanah. Mukanya yang tadi merah kini menjadi pucat lesi seolah-olah tiada berdarah lagi. Rakan-rakannya yang amat ghairah untuk melihat Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam terbunuh, tercengang dan saling berpandangan.Kaki Abu Jahal seolah-olah terpaku ke bumi. Dia tidak dapat melangkahkan kaki walaupun setapak. Melihatkan keadaan itu, rakan-rakannya segera menarik Abu Jahal dari situ sebelum disadari oleh baginda. Abu Jahal masih terpinga-pinga dengan kejadian yang dialaminya.Sebaik saja dia sedar dari kejutan peristiwa tadi, rakan-rakannya tidak sabar untuk mengetahui apakah sebenarnya yang telah berlaku. Kawannya bertanya, "Apakah sebenarnya yang terjadi kepada engkau, Abu Jahal? Mengapa engkau tidak menghempapkan batu itu ke kepala Muhammad ketika dia sedang sujud tadi?"Akan tetapi Abu Jahal tetap membisu, rakan-rakannya semakin keheranan. Abu Jahal yang mereka kenali selama ini seorang yang lantang berpidato dan menyumpah seranah Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam, tiba-tiba saja diam membisu.Dalam pada itu, Abu Jahal masih terbayang-bayang akan kejadian yang baru menimpanya tadi. Dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya, malah dia sendiri tidak menyangka perkara yang sama akan berulang menimpa dirinya.Perkara yang sama pernah menimpa Abu Jahal sewaktu Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam pergi ke rumah Abu Jahal apabila seorang Nasrani mengadu kepada baginda bahwa Abu Jahal telah merampas hartanya. Pada masa itu Abu Jahal tidak berani berkata apa-apa pada baginda apabila dia terpandang dua ekor harimau menjadi pengawal peribadi Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam.Kemudian setelah habis mereka menghujani Abu Jahal dengan pelbagai soalan, maka Abu Jahal pun mula bersuara, "Wahai sahabatku! Untuk pengetahuan kamu semua, sebaik saja aku menghampiri Muhammad hendak menghempapkan batu itu ke kepalanya, tiba-tiba muncul seekor unta yang besar hendak menendang aku. Aku amat terkejut kerana belum pernah melihat unta yang sebegitu besar seumur hidupku. Sekiranya aku teruskan niatku, nescaya akan matilah aku ditendang oleh unta itu, sebab itulah aku berundur dan membatalkan niatku."Rakan-rakan Abu Jahal berasa amat kecewa mendengar penjelasan itu, mereka tidak menyangka orang yang selama ini gagah dan beria-ia hendak membunuh Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam hanya tinggal kata-kata saja. Orang yang selama ini diharapkan boleh menghapuskan Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam dan pengaruhnya hanya berupaya bercakap seperti tin kosong saja.Setelah mendengar penjelasan dari Abu Jahal yang tidak memuaskan hati itu, maka mereka pun berkata kepada Abu Jahal dengan perasaan keheranan, "Ya Abu Jahal, semasa kau menghampiri Muhammad tadi, kami memerhatikan engkau dari jauh tetapi kai tidak napak akan unta yang engkau katakan itu. Malah bayangnya pun kami tidak nampak."Rakan-rakan Abu Jahal mula sangsi dengan segala keterangan yang diberikan oleh Abu Jahal. Mereka menyangka Abu Jahal sentiasa mereka-reka cerita yang karut itu, mereka mula hilang kepercayaan terhadapnya. Akhirnya segala kata-kata Abu Jahal mereka tidak berapa endahkan lagi.