OuR LoVe

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My LittLe SunShiNe

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Pages


Apa yang paling mengembirakan tahun 2010 ni selain daripada azam baru dan semangat baru,hari lahir dan ulangtahun perkahwinan?aku sebagai warga pendidik menerima kelas baru dan wajah yang baru nanti?tak lain dan tak bukan pindah masuk ke rumah yang baru..erm dah siap pun rumah di nilai.sekarang adalah proses packing barang di port dickson utk masuk ke rumah nilai.Boleh tahan jugak jauhnye dari polipd tempat aku bekerja sekarang. tapi semangat nak duduk rumah sendiri ni mengatasi segala kemungkinan yang bakal tiba.Mana penah ada rumah sblm ni kan...rumah sewa adala..kalau masa belaja dulu kolej yg disediakan pihak universiti,masa kecil plak rumah mama dan papa..so semangat dia lebih dari biasa..hehe,apa yang bermain dalam kepala kini adalah bagaimana nak decorate 'astana idaman ini dengan sebaik mungkin dalam masa yang sama menepati atau memenuhi budget aku dan dia..hehe,semua budget tu...dari exterior sampai interior...kalau ikut hati semua nak kan?tapi kalau ikut budget of coz terpaksa hold dulu mana yang kurang penting. tapi bagi aku, naluri wanita ini selalu mengatakan nak itu dan ini,semua penting,majalah-majalah interior design ni semuanya aku beli..nak amik ideala..kununnye...supaya dapat hasil yang terbaik nanti. so mula dari awal januari habis dari kuala lumpur ke negeri sembilan,negeri sembilan ke kl aku dan dia round..kot2 jumpa benda yang berkenan untuk masuk rumah baru ni, dari lampu,kipas siling,kitchen cabinet,walldrobe,tv set,erm..byk je sebut..tapi satu pun blum ada yang berkenan di hati. Malas nak pikir lagi aku dan dia ambil keputusan beli je lampu dan kipas di nilai 3...walaupun ramai yang berpendapat aksesori seperti lampu tu murah ler dekat puchong...tak per la..dah beli pun di nilai 3,boleh tahan jugak price dia...tapi byk choice jugak, rancangan seterusnya siapa yang nak pasang semua lampu dengan kipas tu??mulala khidmat pakar diperlukan..import abang ipar dari kl untuk pasangkan, tapi dia pasang satu je sebab dia terpaksa pulang awal ke kl coz nak keja,so??my husband cepat-cepat ambil ilmu elektrik ni,dan...jeng..jeng..satu rumah dia pasang including kipas..wah kagumnya....cepat belajar..bijak..bijak..."tahniah abang"wish aku sambil tepuk tangan.siap pasang lampu and kipas mula pulak pasang tinted...bukan kereta je tinted skang ni kan..rumah pun tinted..setiap weekend nanti bermula pulak agenda mengecat rumah!!malu pulak nak cakap dekat dia..seumur hidup aku..tak pernah pegang berus cat..pengalaman cat pun tak de..teruk kan?adakah anda jua sepertiku?jadi mulalah ngomelan husband ku "yang ni,abang tengok banyak yang tak tau"...nak buat macammana kecik-kecik dulu tak pernah involve bidang ni..hehe.
Jabir RA berkata pada masa pertahanan Khandak, aku lihat Rasulullah dalam keadaan lapar sekali. Aku pun bertanya kepada isteriku kalau ada apa-apa yang boleh dimasak untuk Rasulullah. Kata isteriku, "Kita cuma ada segantang gandum dan seekor kambing sahaja."Lalu aku pun menyembelih kambing itu sedang isteriku mengadunkan roti. Setelah selesai, aku pun pergi menjemput Rasulullah dan beberapa orang sahabat. Mendengarkan jemputan ini, Rasulullah lalu menghebahkannya kepada semua tentera Khandak.Bilangan mereka hampir 1000 orang, sedangkan makanan yang Jabir sediakan hanya untuk beberapa orang sahaja. Jabir menjadi gelisah, tetapi sebelum pulang, Rasulullah berpesan kepada Jabir, "Jangan kamu turunkan kualimu dan jangan kamu masak dahulu roti itu sebelum aku datang."Beberapa lama kemudian, Rasulullah pun sampai. Aku dan isteriku merasa resah dan pasti kami akan mendapat malu di hadapan Rasulullah dengan makanan yang sedikit ini.Maka aku pun mengeluarkan roti itu lalu diberkati oleh Rasulullah, begitu juga dengan daging dan kambingnya. Rasulullah berkata kepada isteriku, "Dapatkan seorang tukang roti untuk membantumu, kemudian ceduklah kuah itu dari tempatnya.Setelah siap, lalu makanlah semua yang datang dengan cukupnya malahan mereka makan dengan kenyang. Aku (Jabir) bersumpah dengan nama Allah, setelah mereka semua pulang, kualiku masih penuh seperti sediakala begitu juga dengan rotinya.
Setelah pelbagai usaha oleh kaum Quraisy untuk menyekat dan menghapuskan penyebaran agama Islam menemui kegagalan, maka Abu Jahal semakin benci terhadap Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam. Kebencian Abu Jahal ini tidak ada tolok bandingnya, malah melebihi kebencian Abu Lahab terhadap Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam.Melihatkan agama Islam semakin tersebar, Abu Jahal pun berkata kepada kaum Quraisy di dalam suatu perhimpunan, "Hai kaumku! Janganlah sekali-kali membiarkan Muhammad menyebarkan ajaran barunya dengan sesuka hatinya. Ini adalah kerana dia telah menghina agama nenek moyang kita, dia mencela tuhan yang kita sembah. Demi Tuhan, aku berjanji kepada kamu sekalian, bahwa esok aku akan membawa batu ke Masjidil Haram untuk dibalingkan ke kepala Muhammad ketika dia sujud. Selepas itu, terserahlah kepada kamu semua samada mahu menyerahkan aku kepada keluarganya atau kamu membela aku dari ancaman kaum kerabatnya. Biarlah orang-orang Bani Hasyim bertindak apa yang mereka sukai."Tatkala mendengar jaminan daripada Abu Jahal, maka orang ramai yang menghadiri perhimpunan itu berkata secara serentak kepadanya, "Demi Tuhan, kami tidak akan sekali-kali menyerahkan engkau kepada keluarga Muhammad. Teruskan niatmu."Orang ramai yang menghadiri perhimpunan itu merasa bangga mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Abu Jahal bahwa dia akan menghapuskan Muhammad kerana jika Abu Jahal berjaya menghapuskan Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam bererti akan terhapuslah segala keresahan dan kesusahan mereka selama ini yang disebabkan oleh kegiatan Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam menyebarkan agama Islam di kalangan mereka.Dalam pada itu, terdapat juga para hadirin di situ telah mengira-ngira perbelanjaan untuk mengadakan pesta sekiranya Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam berjaya dihapuskan. Pada pandangan mereka adalah mudah untuk membunuh Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam yang dikasihi oleh Tuhan Yang Maha Esa serta sekalian penghuni langit. Padahal Allah tidak akan sekali-kali membiarkan kekasih-Nya diancam dan diperlakukan seperti binatang.Dengan perasaan bangga, keesokan harinya di sebelah pagi, Abu Jahal pun terus pergi ke Kaabah iaitu tempat biasa Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam bersembahyang. Dengan langkahnya seperti seorang satria, dia berjalan dengan membawa seketul batu besar di tangan sambil diiringi oleh beberapa orang Quraisy yang rapat dengannya. Tujuan dia mengajak kawan-kawannya ialah untuk menyaksikan bagaimana nanti dia akan menghempapkan batu itu di atas kepala Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam.Sepanjang perjalanan itu dia membayangkan bagaimana keadaan Nabi Muhammad nanti setelah kepalanya dihentak oleh batu itu. Dia tersenyum sendirian apabila membayangkan kepala Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam pecah dan tidak bergerak lagi. Dan juga membayangkan bagaimana kaum Quraisy akanmenyambutnya sebagai pahlawan yang telah berjaya membunuh musuh nombor satu mereka.Sebaik saja Abu Jahal tiba di perkarangan Masjidil Haram, dilihatnya Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam baru saja sampai dan hendak mengerjakan sembahyang. Dalam pada itu, Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam tidak menyedari akan kehadiran Abu Jahal dan kawan-kawannya di situ. Baginda tidak pernah terfikir apa yang hendak dilakukan oleh Abu Jahal terhadap dirinya pada hari itu.Sebaik-baik saja Abu Jahal melihat Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam telah mula bersembahyang, dia berjalan perlahan-lahan dari arah belakang menuju ke arah Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam. Abu Jahal melangkah dengan berhati-hati, setiap pergerakannya dijaga, takut disadari oleh baginda. Dari jauh kawan-kawan Abu Jahal memerhatikan dengan perasaan cemas bercampur gembira. Dalam hati mereka berkata, "Kali ini akan musnahlah engkau hai Muhammad."Sebaik saja Abu Jahal hendak menghampiri Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam dan menghayun batu yang dipegangnya itu, tiba-tiba secepat kilat dia berundur ke belakang. Batu yang dipegangnya juga jatuh ke tanah. Mukanya yang tadi merah kini menjadi pucat lesi seolah-olah tiada berdarah lagi. Rakan-rakannya yang amat ghairah untuk melihat Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam terbunuh, tercengang dan saling berpandangan.Kaki Abu Jahal seolah-olah terpaku ke bumi. Dia tidak dapat melangkahkan kaki walaupun setapak. Melihatkan keadaan itu, rakan-rakannya segera menarik Abu Jahal dari situ sebelum disadari oleh baginda. Abu Jahal masih terpinga-pinga dengan kejadian yang dialaminya.Sebaik saja dia sedar dari kejutan peristiwa tadi, rakan-rakannya tidak sabar untuk mengetahui apakah sebenarnya yang telah berlaku. Kawannya bertanya, "Apakah sebenarnya yang terjadi kepada engkau, Abu Jahal? Mengapa engkau tidak menghempapkan batu itu ke kepala Muhammad ketika dia sedang sujud tadi?"Akan tetapi Abu Jahal tetap membisu, rakan-rakannya semakin keheranan. Abu Jahal yang mereka kenali selama ini seorang yang lantang berpidato dan menyumpah seranah Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam, tiba-tiba saja diam membisu.Dalam pada itu, Abu Jahal masih terbayang-bayang akan kejadian yang baru menimpanya tadi. Dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya, malah dia sendiri tidak menyangka perkara yang sama akan berulang menimpa dirinya.Perkara yang sama pernah menimpa Abu Jahal sewaktu Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam pergi ke rumah Abu Jahal apabila seorang Nasrani mengadu kepada baginda bahwa Abu Jahal telah merampas hartanya. Pada masa itu Abu Jahal tidak berani berkata apa-apa pada baginda apabila dia terpandang dua ekor harimau menjadi pengawal peribadi Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam.Kemudian setelah habis mereka menghujani Abu Jahal dengan pelbagai soalan, maka Abu Jahal pun mula bersuara, "Wahai sahabatku! Untuk pengetahuan kamu semua, sebaik saja aku menghampiri Muhammad hendak menghempapkan batu itu ke kepalanya, tiba-tiba muncul seekor unta yang besar hendak menendang aku. Aku amat terkejut kerana belum pernah melihat unta yang sebegitu besar seumur hidupku. Sekiranya aku teruskan niatku, nescaya akan matilah aku ditendang oleh unta itu, sebab itulah aku berundur dan membatalkan niatku."Rakan-rakan Abu Jahal berasa amat kecewa mendengar penjelasan itu, mereka tidak menyangka orang yang selama ini gagah dan beria-ia hendak membunuh Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam hanya tinggal kata-kata saja. Orang yang selama ini diharapkan boleh menghapuskan Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam dan pengaruhnya hanya berupaya bercakap seperti tin kosong saja.Setelah mendengar penjelasan dari Abu Jahal yang tidak memuaskan hati itu, maka mereka pun berkata kepada Abu Jahal dengan perasaan keheranan, "Ya Abu Jahal, semasa kau menghampiri Muhammad tadi, kami memerhatikan engkau dari jauh tetapi kai tidak napak akan unta yang engkau katakan itu. Malah bayangnya pun kami tidak nampak."Rakan-rakan Abu Jahal mula sangsi dengan segala keterangan yang diberikan oleh Abu Jahal. Mereka menyangka Abu Jahal sentiasa mereka-reka cerita yang karut itu, mereka mula hilang kepercayaan terhadapnya. Akhirnya segala kata-kata Abu Jahal mereka tidak berapa endahkan lagi.
Bermulalah sesi pertama meeting JPA bil1/sesi Januari 2010 hari ini, kalau sebut meeting JPA...semua orang mengeluh.arghhh meeting lagi, tapi tak kurang jgk mereka yang seronok (bagi mereka yang punya byk poblem and idea yang nak dilontarkan), tapi aku??aku adalah orang paling tak syok skali bila nak meeting...tak tau kenapa,cuba jgk paksa diri utk syok...tp tak boleh...,ini kerana aku kena fokuskan seluruh pancaindera aku kat satu persatu wajah membe2 seangkatan aku masa meeting, every minute is important,kalau masa meeting jasad duduk di kerusi otak ke kafe pun, will lost everything...minute tak lengkap!!komen sesetengah pihak. sebelum meeting bermula pun...minit yang sebelum ni...byk proses penyulingannya...penyulingan pemeringkatan...3 kali reject..itu normal...letih kan?arghhh letih...aku ni bukan suka fokus dalam masa agak lama...kalau dah meeting 3 hours!!lu pikirla sendiri...perlu tak cakap kat orang sebelah aku..."akak assist saya bleh??"hehe malu jgk. tp aku buat balik minit byk jgk aku questionare balik ketua jabatan (erm...thn depan tukar port folio ok..)kasi je org lain this jawatan...bak kata mahathir mantan PM kita dah lama dahhhhhh!!!,aku pegang as secretary ni dah lebih 3 tahun....erm...tetap dan berpencen ni..rasanya bleh dah serah tugas kat teman seangkatan di luar sana..hehe. must usul dalam next meeting. tadi pun byk jgk isu berbangkit...asyik bangkit tak pernah tidur...kalau tidur kan best..haha,hal-hal lain as usuall round table...as usual jgk aku mmg tak der nak cakap pe...pendiam ke memendam namanya ni...org lain byk plak hal mereka ye...aku jgk yang letih minitkan...oh..minit..minit...setiap minit amat berharga, tambah plak meeting 3x lepas ni...meeting adalah sesuatu yang meloyakan jgk kadang-kadang...tapi nak buat lagu mana no....must "saya yang menurut perintah""berkhidmat untuk negara" bagi yang dah pegi induksi...mesti tau saya yang menurut perintah tu kan??so jawab soalan : menurut perintah siapa??

Tanggal 1syawal 1429h lahir seorang putera yang sangat comel dan telah menambah tittle aku dari seorang isteri kepada IBU, wow!hebat pengalaman ni, tak boleh beli kat tesco atau mana-mana tempat di dunia ni. setelah 9 bulan anak ummi bermastautin di alam rahim,kini baby ummi lahir ke dunia utk memegang amanah dan janji 'Akif terhadap Allah SWT utk mengimarahkan bumi ini sebagai khalifah yang sejati. Erm...kalau nak dilakarkan dari awal ummi kandungkan sehingga kelahiran..byk juga ye. Tapi itulah sunnatullah...hidup ini putarannya begitu, kalau dulu ibu mengandungkan aku, ketika mengandung pun tok sah ceritala...mabuk,loya,pening, x nak makan...nak makan roti je,teringin yang itu,teringin yang ini, sakit sana,lenguh sini, krem sana sini, dan tika melahirkan pun begitu juga...sakitnya melahirkan Allah saja yg tahu, all this aku juga dah hadapinya kini...aku seorang UMMI kini..baru kini ku sedar pengorbanan seorang insan bernama ibu.

Tapi tu semua dah berlalu genap 1syawal 1429h, Akif pun da besar,1 tahun dah....dah makin pandai, makin cerewet..hehe,makin nak explore all things yang dia lihat di sekeliling dia, letih dan penat layan karenah dia tok sah ceritala...x cukup tidor...itu semestinya..tapi kami gembira dengan keletahnya yang dah pandai bercakap "mi" for ummi, but abah lancar pulak dia sebut...,bila nak sesuatu "meh..meh.." bila tak nak sesuatu " na mo...."haha,so funny kan?,abah nak pegi keje dia amikka briefcase and all file...(amik alih tugas ummi ni),ummi nak pegi ofis..dia tolong carikan stokin ummi...haha (teruknye ummi kan?) itulah akif yang semakin genius..
Bila dah besar mcmni..nak peluk cium akif pun susah...seringkali ckp na mo.....(tak mau). Bila ty "siapa nama Muhammad akif fitri?"..responnye angkat tangan...agaknye masa ummi pregnant akif dulu rajin panggil student dalam kelas kot..,satu persatu keletah akif aku perhatikan,dari 2.8kg masa lahir sampaila 10.58 kg sekarang,very happy and funny..cheerful everyday...da boleh mengira skang..paling expert skali is number two..everyday count two...dulu ummi and abah yang agah akif tut...cakkk!!now akif plak agah ummi and abah...tuu...cakk!!, say hello aje kalau dia yang angkat call...lepas tu mula berbahasa korea dan jepun...tok dan tok wan di hujung talian gelak besar dgr akif cakap korea...pak lang kata "akif pandai berbahasa jerman"..hehe..whatever..hanya akif yang tahu apa maksudnya...macam mila kata "aku lebih tahu",setiap pagi ummi sibuk nak ke opis..akif ambil beg pakaiannya yang siap aku packing mebontoti aku ke kereta..khuatir dia ditinggalkan agaknya...erm...maybe?? siap kiss abah...kiss ummi..salam abah,salam ummi...mulalah rutin harian akif bermastautin di rumah maknya (gelaran babysitter akif) sepanjang ofis hour...pulang pada jam 5.30 petang...itulah akif...dah besar anak ummi...so this is for u from abah and ummi " hepy besday to u,hepi besday to u,hepy besday to muhammad akif fitri...semoga Allah panjangkan umur akif...jadi anak soleh yang sentiasa memanfaatkan setiap kehidupan hanya utk pengabdian kepada Illahhi..."
Jadilah seorang ketua bukannya Tuan

Ketua memberi inspirasi kepada orang bawahannya,

Tuan mengerah orang bawahannya,

Ketua bergantung kepada semangat muhibbah,
Tuan bergantung kepada kuasa,

Ketua mencerna kemesraan,
Tuan membangkit ketakutan,

Ketua sentiasa berkata KITA,
Tuan sentiasa berkata SAYA,

Ketua menunjuk apa yang salah,
Tuan menunjuk siapa yang bersalah,

Ketua memberitahu cara sesuatu kerja berjalan,
Tuan tahu sesuatu kerja berjalan,

Ketua diberi penghormatan,
Tuan menuntut penghormatan..

Walaupun tanggal 24/12/2007 telah lama berlalu,erm..da 2 thn lebih da..da melalui 2nd anniversary dah pun,tp kenangan hari ijab kabul tu masih segaq dalam ingatan...maklumler jadi raja sehari hanya sehari tu je..,tak mungkin berlaku lg hari tu masa2 akan dtg...Kawin sape yang tak gembira kan,semua org pun gembira,sebagai manusia yang Allah anugerahkan naluri untuk menyayangi dan disayangi, dicintai dan mencintai...dan macam-macam lagi yang manusia ingin dan perlukan tu..ada padaku ini kerana aku juga MANUSIA...Apa yang paling best masa kawin..seperti yang anda semua (bg mereka yang dah berkahwin) rasa best dekat mana,ku jua seperti korang semua. Masa proses akad berjalan..mula rasa debaran yang sukar aku nak ungkapkan dgn kata2,walaupun bkn aku yang lafaz akad tu dgn tok kadi...,mulalah sesi akad dengan jayanya dilafazkan oleh DIA yang kini menjadi insan yang paling ku sayangi kini..,dengan sekali lafaz sahaja aku kini sah menjadi isteri kepada dia. Mahar pun diserahkan kepada aku pada hari tersebut.Terasa lawak bila aku dan suami menyangka kadar mahar adalah seperti yang kami persetujui tetapi tok kadi sebut sebaliknya,maknanya lain dr yang kami bincangkan. Hal ni baru kami sedar setelah 2 thn kawin?? tu pun setelah tgk semula rakaman video akad ni


Rakaman video akad nikah lokasi : Masjid Kg.Padang Setol ,Kedah


Terima kasih yang tidak terhingga daku ucapkan kepada jurukamera profesional ( membe2 yg hadir) yang telah merakamkan saat-saat bersejarah ini. kalau tidak rasanya sampai ke hari ini,esok dan selamanya...kami beranggapan itulah kadar maharnye...nasib kadar mahar yang dilafazkan oleh kadi kurang dari apa yang dipersetujui oleh kami, maknanya...SUAMIKU memberikan kadar mahar yang lebih dr yang dilafazkan semasa akad...kalau kurang???apa hukumnya ye??apa ye??.Kadar mahar hanya sunat sahaja disebut semasa akad...tp memberinya wajib kan? tapi bagaimana sekiranya kadar semasa akad dulu tu lebih dan suamiku pulak bagi kurang?
erm...serius jgk kan isu ni?kadar mahar yang kami persetujui...BIARLAH RAHSIA.......aku dan dia...yang penting dah bergelar abah dan ummi pun skang...:)